Saturday, February 3, 2018

Genap Setahun


Assalamualaikum.


31 Januari 2018. Genap sudah setahun aku berkenalan dengan En Suami. Siapa sangka, dalam tempuh setahun kami sudah menjadi suami isteri. Heee

Kami mula berkenalan di laman sosial, muka buku. Chating punya chating, sekali ... "Laaa, sekampung rupanya kita ni". Hahaha. Punya bercinta sebelum ni dengan orang jauh, sekali jodoh sebenar tak sampai 1km pun jauhnya. Hihihi

Bila sebut semula ayat, "Tunjuk ajar ku sifu", confirm dia gelak terbahak-bahak. Sebab awalnya kami kenal kerana En Suami nak belajar tentang camera dengan aku. Katanya gambar aku cantik-cantik. Tu yang keluarnya ayat "Tunjuk ajarku sifu" tu. Hahaha



Banyak lagi hari-hari mendatang yang akan kami lalui bersama. Semoga aku menjadi satu-satunya isteri yang terbaik untuknya. InsyaAllah.

I love you, En Husband 


P/s: First entri untuk tahun baru. Heee

3 comments:

sHaRiNa eLyaNa said...

hihi sha pun jumpa ngn suami sha dkt fb juga nnt ada msa sha cerita..hahaha, smoga eka n suami sntiasa happy

Hafiza AizZawa said...

insya allah.. semoga berbahagia hingga ke jannah..

Cik Tie said...

In shaa Allah, Aamiin.. moga bahagia sentiasa mengiringi hingga ke jannah.