Monday, October 7, 2013

6 Kelebihan Mandi Sebelum Subuh




Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan kita. Jika kita mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan kita.

 Kulit lebih lembut dan halus pada waktu pagi.
Selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku. Ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula akan menjadi lebih lembut dan halus.

 Melancarkan peredaran darah.
Jika peredaran darah anda lancar, maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah, anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

 Meningkatkan kesuburan.
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang posotif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

 Mengurangkan risiko darah tinggi.
Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. InsyAllah, dengan izin Allah, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

 Meningkatkan sel darah putih.
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

 Mengurangkan tekanan serta tenang.
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kepada mandi pagi sebelum subuh.


Mungkin sebelum ini kita tidak ambil berat akan waktu mandi kita. Selepas membaca kelebihan-kelebihan di atas, kita boleh mengubah waktu mandi kita. Itu semua untuk kebaikan tubuh badan kita juga. Hee



Read More

Friday, October 4, 2013

Craft: Hand-Bouquet Handmade





Bunga Hand-Bouquet adalah bunga yang kian kali digunakan untuk majlis perkahwinan. Kiranya kalau tak ada, rasa seperti ada sesuatu yang tidak lengkap. Hee

Disebabkan perasaan ingin mencuba itu membuak-buak, diri ini membuat keputusan untuk mencuba sesuatu yang baru. Yes, ini merupakan cubaan pertama dan alhamdulillah, gambar di atas itulah hasilnya. 

Bunga hand-bouquet ini telah digunakan untuk salah satu reception wedding pada bulan Ogos yang lalu. Mendapat pujian bermula daripada si pengantin hinggalah pada para tetamu yang hadir. 




- model pinjam. hihi -

Jika ada yang berminat dengan hand-bouquet handmate daripada EkaTikah Craft atau mempunyai sebarang pertanyaan, bolehlah terus menghubungi:

No tel: 013-6494534
Email: tkah93@gmail.com



Read More

Thursday, October 3, 2013

Craft: New Item, Colourful Bookmark


 




New item: Colourful Bookmark
Design: Boleh request 
Harga: Sangat berpatutan

Berminat? 
Contact number: 013-6494534
Email: tkah93@gmail.com

Nak Colorful Bookmark secara percuma? 

 


Read More

Tuesday, October 1, 2013

Kenaikan Harga Rokok





Harga rokok naik? Adakah disebabkan kenaikan harga minyak?

Naiknya bukan seposen, dua posen, tiga posen, tetapi lebih kurang RM1.50 kalau tak silap. Bukan sedikit, agak banyak tu oke. 

Bagi mereka yang tidak merokok, memang tak heran langsung kalau harga rokok naik. Naik banyak mana pun lantak kau le. Haha.. Tetapi tidak kepada para perokok. Ini merupakan catu cabaran untuk mereka. Cabaran kau -,-"

So, kepada perokok-perokok tegar diluar sana kurangkanlah merokok tu. Membahayakan kesihatan satu, juga membazir duit tahu. Itu ibarat membakar duit sendiri. Renung-renungkan dan selamat beramal. 




Read More