Monday, October 7, 2013

6 Kelebihan Mandi Sebelum Subuh



Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan kita. Jika kita mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan kita.

 Kulit lebih lembut dan halus pada waktu pagi.
Selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku. Ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula akan menjadi lebih lembut dan halus.

 Melancarkan peredaran darah.
Jika peredaran darah anda lancar, maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah, anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

 Meningkatkan kesuburan.
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang posotif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

 Mengurangkan risiko darah tinggi.
Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. InsyAllah, dengan izin Allah, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

 Meningkatkan sel darah putih.
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

 Mengurangkan tekanan serta tenang.
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kepada mandi pagi sebelum subuh.


Mungkin sebelum ini kita tidak ambil berat akan waktu mandi kita. Selepas membaca kelebihan-kelebihan di atas, kita boleh mengubah waktu mandi kita. Itu semua untuk kebaikan tubuh badan kita juga. Hee

8 comments:

trah zain said...

Kalo sy ni mmg jenis tekanan darah rendah, xelok la mandi pagi kan ika?hehe (^___^)

Yumida Huda said...

bagusnye mandi sebelum subuh
byk manfaatnya kan

Cik Wan Awr said...

lepas ni nak try amalkan la

piqa da bajitos said...

boleh menggeletor air sini mandi pagi cmtu
huhu
menggigil tak sudah walau mandi kol 8
hehe

seri.selaseh said...

org kata... kalau nak mandi pagi, better mandi air biasa tanpa water heater. Lagi bnyk kebaikan dia

nuyui a.k.a miss YUI said...

kena amalkan..

sejuk..huhu

Kathy Rbain said...

banyak manfaatnyer kan sis...

Budak Kampung said...

nice share dik