Monday, April 9, 2012

Ragam ABPBH 25




Jemput makan breakfast :D
Hai semua... 

Haii, kenapa muka masam jew nie?? Pagi-pagi kene ceria maa. Barulah rezeki mudah masuk. Dah dah, senyum ^______^

Seperti yang korang semua tahu dan sedia tahu, malam tadi telah berlangsungnya majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang telah berlangsung di Arena Of Star Genting Highland. Haa, bahangnya terasa sampai ka hari ini..

Mesti tajuk utama perbualan untuk hari ini berkaitan dengan ABPBH semalam.. Kan?? Haa, yewla.. "Eh, siapa erk dapat Anugeranh Bintang Paling Popular?" "Mati-mati aku sangka Izara Aishah menang, rupanya Tasha Shila" "Siapa Tasha Shila? Berlakon cerita ape?" Dan macam-macam lagilah..

Kat TL twitter, tak payah cakap.. For sure, hampir semuanya nak jadi wartawan.. Termasuk aku..HAHA.. Kepada mereka yang tak dapat tengok ABPBH semalam, baca kat TL twitter pun dah cukup... Semuanya lengkap.. Every second mesti ada yang update siapa menang.. Dan ramai jugak tau pengomen fashion artis-artis kite. Baju ini tak kena, baju ini terlampau over dan macam-macam lagilah. Si Didie Alias dok peragakan fashion tudung saji.. HAHA

So kat sini aku nak senaraikan nama-nama yang memenangi ABPBH malam tadi.

Senarai Nama Pemenang ABPBH 25:
Artis Baru Wanita Popular Tasha Shilla 
  Penyampai Radio Lelaki Paling Popular Faizal Ismail 
  Artis Komedi Wanita Popular Didie Alias 
  Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Datuk Sheila Majid 
  Pengacara TV Lelaki Popular Zizan 
Artis Baru Lelaki Popular Johan Ariff As’ari 
Pelakon TV Lelaki Popular Fizz Fairuz 
Penyampai Radio Wanita Popular Fara Fauzana
Pengacara TV Wanita Popular Fara Fauzana 
Artis Komedi Lelaki Popular   Johan Raja Lawak 
Anugerah Seri Perak Datuk Siti Nurhaliza 
Penyanyi Lelaki Popular Hafiz 
Pelakon Filem Lelaki Popular Aaron Aziz 
Pelakon TV Wanita Popular Fasha Sandha 
Pelakon Filem Wanita Popular Maya Karin 
Penyanyi Wanita Popular Yuna 

Kat sini juga aku nak tunjukkan beberapa gambar sepanjang ABPBH 25 berlangsung:


Tahniah kepada jejaka handsome Malaya yang disukai orang ramai iaitu Aaron Aziz kerana mendapat Anugerah Bintang Paling Popular untuk ABPBH 25. Jumlah kutipan undian paling terbanyak iaitu sebanyak 87 ribu.. Pehh, ramai sehh.. Mesti ramai awek-awek kat luar sana banyak mengundi nie.. HEHE


Datuk Siti Nurhaliza juga tidak dikecualikan daripada bertanding dalam kategori Anugerah Seri Perak. Dah kalau Datuk Siti bertanding, for sure lah menangkan. Tahniah Datuk Siti..HUHU


Walaupun ABPBH 25 kali ini Lisa tidak merangkul sebarang Anugerah, dia tetap di hati peminat-peminatnya. Persembahan Ombak Rindu lakonan Lisa malam tadi nampak real. Huuh, terperanjat den.. HEHE.. 



Ini pula Neelofa.. Cantik? HAHA.. Inilah pelakon terbaru gilaan jejaka kat luar sana. Muda lagi tau Neelofa nie.. HUHU

Ini pula Dona Danish dan Liyana. Comel jew mereka berdua nie.. Aku suka tengok dress Nora Danish. Dress kembang dia, pehh cantik gile *__*

Okelah.. Kalau nak cerita pasal ABPBH 25 memang panjang entry aku nanti.. Lagipun aku nie bukan wartawan nak cerita panjang lebar semua.. HEHE.. Nak tahu lebih lanjut sila rujuk laman web Berita Harian ok?

Sebelum aku akhiri ayat aku untuk entry ini, Tahniah kepada semua artis yang mendapat anugerah dalam ABPBH 25 kali ini.. (Y) Teruskan memberi yang terbaik untuk peminat korang semua.. Tanpa peminat, mungkin korang tidak dianugerahkan. HEE

Byebye  

#Gambar credit to [BlogBulanPurnama]

4 comments:

Feza said...

comelnya nora danish.

Tatie Atikah said...

Huhu saya [un dok mharap la Izara Aishah yg menang..hihi visit m blog k, tgk kembar Izara..hihihi

xila riston said...

arghh neelofa tayang buah dia pulak....pheww

TiraPengemis said...

zizan!!!! yeayyyy...