Tuesday, November 27, 2012

Adakah mereka hanya mahu mengejar populariti atau sebaliknya?


Di twitter, sudah semakin banyak kes-kes seperti, kutuk bapak sendiri, kes Ayuni yang malu mengaku menjadi rakyat Malaysia hanya disebabkan k-pop dan macam-macam lagi lah..

Kes terbaru, seorang remaja perempuan mengaku dia sudah tiada dara lagi. Faham tak, DARA?? How dare she do this? Perlukah mengaku SATU DUNIA yang anda sudah tidak ada dara?? I think, tak perlu kot. Cukup hanya family dan rakan rapat sahaja yang tahu..

Ini adalah akaun pengguna twitter yang mengaku dirinya tiada dara


Tapi...bila difikirkan semula, adakah semua kes-kes di atas berlaku hanya mahu mengejar populariti sahaja? Biasalah, nak mengejar followers yang ramailah, itulah, inilah.... Well, manusia, kita mana tahu kesah sebenarnyakan? Kecuali tuan punya badan.

Walau benar sekali pun apa yang mereka maksudkan, tak perlu nak kecoh satu dunia tahu. Buat tambah dosa diri sendiri dan dosa orang lain. Mana taknya, dosa mengutuk orang..Kan??

Biasalah, bila orang buat salah, pasti akan dicemuh orang ramai. Serius, automatik akan menjadi bual mulut orang. Siapa dialah? Apa salah dialah? Kenapa dia buat macam tulah? Dan macam-macam lagi persoalan yang timbul.

Apa-apa pun jangan jadikan sesuatu perkara itu untuk mempopularitikan diri sendiri. Dengan cara yang kotor pulak tu? Isshhhh..Buat maluuu..

P/s: Apa nak jadi dengan manusia sekarang nieee...

4 comments:

hazwan hairy said...

HAHA..kesian mereka kan! kurang kasih syg gamaknya..

luqman zakaria said...

itulah masalahnye..tatau lah tujuan dorang nih ape..klau nk kejar followers memang takde akal la..huhu

zazuen™ said...

orang macam tu dah tanggalkan akal lepas tu ikut kata hati yang terlebih berani. hmm.

Dayah Danisha said...

Buat malu kaum jaw ! Jom tengok kesinambungan cerita Minah blue dengan aku part 2 !