Saturday, November 24, 2012

Pray For GAZA

 



Satu perjanjian iaitu Perjanjian Genjatan Senjata telah dibuat antara Gaza dan Israel. Ini merupakan satu kemenangan dan juga kemerdekaan bagi mereke. Walaupun ia bukan kemerdekaan sebenar ataupun kemerdekaan sementara, sekurang-kurangnya ini akan mengurangkan kesengsaraan yang telah mereka hadapi selama ini...ALHAMDULILLAH

Walaubagaimana pun, jangan mudah senang dengan kesenangan yang telah diberikan. Perjanjian yang tiada hitam putih ini tidaklah sekuat mana. Bila-bila sahaja ia boleh dilanggar. Apa-apa pun kita sebagai orang Islam mestilah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka di sana..

Hendak menghulurkan bantuan daripada segi kewangan, bantuan perubatan atau sebagainya kami tidak mampu. Hanya mampu mengirimkan doa agar mereka di sana selamat hendaknya. Amin


Gambar di atas ini menunjukkan raut wajah kegembiraan kanak-kanak di sana apabila perjanjian itu termeterai. 

Jangan pernah berhenti mengirim doa untuk mereka di sana. 

 

4 comments:

Nelly Strange said...

=)

-meeSUPERGIRL- said...

harap ianya berpanjangan .. amin :)

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

even ada genjatan senjata tak bermakna palestine da bebas.. doa kena sentiasa berterusan..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

pray 4 gaza..save gaza