Sunday, August 9, 2015

Nasi Kerabu Wan Atik


Assalamualaikum

Tidak dapat dinafikan aku adalah salah seorang penggemar nasi kerabu. Mana-mana pergi, mesti cari nasi kerabu. Tapi.. Tengok juga lauk dan sayur yang digunakan. Kalau guna tauge, sorry to say la. Hahaha

Jadinya malam semalam pergi Pasar Malam Bandar Baru Bangi Seksyen 16 untuk beli nasi kerabu. Orang ramai kata kat sini Nasi Kerabu Wan Atik is the best! So apa lagi, beli la. Lagi pun dah lama sangat nak rasa Nasi Kerabu Wan Atik ni. Sebab kawan office duk kata sedap sedap, rugi tak rasa. Haa, orang kelantan yang kata tu. Maksudnya betul-betul sedap la tu kan.



Bila sudah rasa, not bad la. Sedap memang sedap. Tapi kalau lebih cili tu lagi bertambah sedap kot. Hikhik. Gambar di atas adalah Nasi Kerabu Ayam Percik. Seperti nasi kerabu yang lain, ada sayur, cili, budu dan telur masin. Cuma nasi kerabu ni takda keropok. Hmm. Tak pasti sama ada dah habis atau memang takde. Pergi time tu pun dah lewat. Heee

Mungkin lepas ni boleh cuba nasi kerabu daging salai pulak atau mungkin juga nasi kerabu special. Nak juga tahu apa yang specialnya tu. Hehehe

 Ikutkan Nasi Kerabu Wan Atik ni merupakan salah seorang customer kat tempat kerja. Tak tahu pula nasi kerabu dia memang sedap. Agak-agak kalau pergi cakap " Eh bang, signboard abg ni sayalah yang design" dapat diskaun tak? Hahaha 

Ok, korang tahu tak lagi mana nasi kerabu yang sedap-sedap area Kajang atau Bangi? 

8 comments:

Fatin Liyana said...

sedapnya. tak pernah makan lagi nasi kerabu. mungkin boleh cuba nanti. hehehe

Ummul Azkee said...

salam perkenalan.saya pun suka nasi kerabu..tpi kalau takde keropok rse xlengkap jer...kalau beli selalu xpuas,smbl pun sikit

nuraini sukhor said...

Salam perkenalan! Pernah makan nasi kerabu ni sekali dua ja, sebab saya org Sabah. Di sabah tiada benda ni :DD

Hanis Amanina said...

teringat baru2 ni duduk seminggu dua kat Kelantan. baru tahu orang sana makan nasi kerabu masa sarapan :D

nurerna hazwani said...

Salam. Saya juga pengemar nasi kerabu terutamanya nasi kerabu daging salai. MasyaAllah.....Terangkat beb..Hahaha...yg terangkat tu tipu je tapi memang sedap.

http://alongwawaerna.blogspot.com

Mardiah Diana said...

Akak pun suka makan nasi kerabu tapi tak pandai buat..hihi...belum belajar lagi...selalu dapat makan kalau time bulan ramadhan jak sb ada jual kat bazar...

IbuNoey said...

IbuNoey pun suka makan nasi kerabu.mesti full package termasuk taugeh la.

nur farahain said...

uitss , sedapppnyaaa,,,

http://akuainkausiapa.blogspot.com/