Tuesday, October 20, 2015

PENGUMUMAN! Kadar Baharu Pos Laju Timbang


Assalamualaikum.

Bila dapat tahu kadar baharu untuk pos laju timbang, rasa nak pengsan jap. Makin mahal!. Ishh apa nak jadi ni. Mungkin mereka yang tidak selalu menggunakan perkhidmatan pos laju tidak terasa peritnya. Tetapi tidak kepada mereka yang selalu menggunakan perkhidmatan pos laju. Terutama pada para perniaga online di luar sana. *termasuk kite ni haa*

Tapi memang betul mahal dah sekarang pos barang guna pos laju ni. Macam kite ni berniaga barangan craft. Antara barangan craft yang selalu dapat tempahan adalah bantal. Bayangkan, bantal yang tak besar mana pun, berat apatah lagi, kadar pos laju boleh cecah RM30.00 ++. Katanya barang yang ukuran lebih daripada 30cm akan dikira lain. Kadang-kadang lebih 2cm macam tu pun berkira.
Ishh sakit hati betul!

So lepas ni jangan tanya kenapa kadar untuk pos barang mahal. Hmm 

P/s: Haishh, minyak naik, tol naik, pos barang pun naik. Lepas ni apa lagi nak naik entah? Errr


4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

semua naik

nuyui a.k.a miss YUI said...

uihh akk bru tau ni..

nana kimie said...

huhu.nak tak nak terpaksa telan kan sis

ayuadyani said...

betul,bukan tu je,kalau beli plastik prepaid,kalau yg 1kg tu, bileh ltak sehingga 1.1kg je,kalau tak kna tmbh tm 3.20..saya hrtu brg 1.12kg je,kna jgak..sblm ni pos brg yg sama ok jerk..huhuhu..kna tukar courier cmni..