Saturday, October 10, 2015

Dapur Ekatikah: Spring Roll Salad


Assalamualaikum.



Hari Isnin lepas buat Spring Roll Salad sebagai menu breakfast. Menu yang sangat simple dan berkhasiat. Sangat sesuai untuk mereka yang berdiet sebab tidak menggunakan minyak langsung dan bahan utama adalah kulit popiah dan sayur seperti salad, timun dan lobak merah. Bahan sampingan yang digunakan adalah seperti isi ketam dan sosej.

Alaa, mudah je cara membuatnya. Hanya perlu gulung-gulung dan kemudian siap sedia untuk di makan. Cecah sos atau mayonis kewpie, pehh sedap woo. Hehehe. Tak perlu nak goreng ke apa ke. Tapi isi dalamnya seperti lobak merah, sosej dan isi ketam haruslah direbus dahulu.

Ada juga orang guna isi ayam atau udang untuk menggantikan sosej dan isi ketam tu. Ikut selera masing-masing. Letak telur scramble pun sedap. 

Ok, selamat mencuba. 

5 comments:

Azhafizah MN said...

cantik gambar tikah shoot ni..rasa tergoda dengan makanan tu :)

Madam N said...

nampak menggiurkan uhuhu

Qaseh Dalia said...

Nk jgk resipi lengkap 😝

Fieza Sani said...

Pandai eka snap gambar..tergoda tengok..dari tak suka, jadik suka..hehe

Maria Firdz said...

Serius nampak sedap...