Thursday, November 5, 2015

Shawl Murah Online


Assalamualaikum

Bila sebut sahaja wanita, orang akan berfikir wanita ni sangat cerewat tentang penampilan diri. Terutama pada pemakaian pakaian. Bukan sahaja pemakain seperti baju atau kasut. Juga pemakaian hijab pada mereka yang berhijab sangatlah penting. Pada zaman serba moden ini, pelbagai jenis hijab terdapat dipasaran. Cuma terpulang pada kita wanita untuk memilih jenis, warna dan cara pemakaian.

Apabila sebut sahaja tentang jenis hijab yang ada dipasaran sekarang, usah bimbang bagaimana untuk mencari dan mendapatkannya. Semuanya ada dihujung jari. Salah satu caranya adalah dengan shopping online. Antara destinasi shawl murah online yang sering diterjah oleh kaki shopping online adalah laman web ZALORA Malaysia.

Kenapa memilih Zalora?



Zalora adalah salah satu website yang sering menjadi pilihan orang ramai untuk membeli dengan cara online. Salah satu sebab kenapa memilih Zalora adalah kerana di Zalora, terdapatnya pelbagai jenis dan jenama tudung online yang mengikut trend masa kini di dalam satu website. Ini memudahkan pembeli untuk tidak perlu bersusah payah ke kedai-kedai yang berlainan mencari tudung kegemaran mereka.


Selain itu, di Zalora juga terdapat beberapa jenis jenama hijab yang sedang popular di pasaran sekarang. Antaranya Naelofar, Sugarscraft, ARIANI dan banyak lagi. Pilihan warna dan corak juga banyak. Boleh rambang mata la kalau tengok.


Kualiti  pula sememangnya yang original dan bermutu seperti beli di kedai.



Zalora juga menawarkan beberapa kelebihan seperti 30 hari pemulangan barang secara percuma, kos peghantaran percuma untuk pembelian RM75 ke atas dan ‘cash on delivery’ yang bermaksud pembayaran boleh dibuat semasa barang dihantar.

Kesimpulannya, sangat mudah, berkualiti dan servis yang cepat apabila membeli di Zalora. Tidak perlu risau lagi bagaimana untuk mendapatkan hijab yang cantik-cantik selepas ini. Hanya perlu membeli di Zalora dan anda boleh bergaya dengan senang hatinya. 






4 comments:

Maria Firdz said...

Nice review...

Anonymous said...

Lissa pun baru berjinak-jinak dengan Zalora :D

nuyui a.k.a miss YUI said...

lama akk x shopping kat zalora..

Hajar Shikin said...

tak pernah beli shawl kat zalora, tapi beli benda lain