Sunday, March 18, 2012

Inilah Manusia :')




Hai semua :')

Malam nie aku bukan nak buat entry sedih yang buat sampai korang boleh menangis.. Tapi just nak luahkan apa yang aku rasa sekarang.. Kan aku pernah cakap yang blog aku nie juga sebagai diari hidup aku..So, terpulang korang nak baca ke tak? Tiada paksaan tau :')

Aku just nak cakap beberapa perkara jew:

I know who I am. Aku tak secantik, sepandai dan sesempurna perempuan di luar sana. Tapi Allah swt Maha Adil. Setiap manusia Allah swt berikan keistimewaan. Kadang-kadang kite pun tak sedar apa keistimewaan kita. Sedangkan orang kurang upaya pun mempunyai keistimewaan tersendiri, inikan kita manusia biasa.. Kan? :')

Korang pernah terfikir tak yang kadang-kadang percakapan korang boleh menyinggung perasaan orang lain? Aku sendiri pun kadang-kadang terlepas cakap itu ini. Yewla, cakap ikut perasaan bukan ikut akal fikiran. Itulah kadang-kadang perkara yang bagi korang kecil, tapi bagi mereka besar. So, lepas nie cakap guna akal fikiran oke!! Jangan ikut sedap mulut!
#Peringatan untuk diri sendiri juga

Perasaan? Siapa kat sini tiada perasaan? Ohh, itu mustahil.. Allah swt kurniakan hamba-hambaNYA dengan pelbagai perasaan. Itulah salah satu keistimewaan manusiakan?.. :') Oleh itu kita sesama manusia haruslah saling menjaga perasaan satu sama lain. Jangan sesedap sesuka hati nak sakitkan, nak kecewakan perasaan orang lain. Allah swt Maha Mengetahui.

Setiap yang berlaku ada HIKMAHNYA. Ingat, setiap apa yang berlaku, akan berlaku dan yang telah berlaku itu adalah RANCANGAN Allah swt. Tidak akan berlakunya pasang surut laut kalau tidak diizinkan oleh Allah swt. Tidak adanya perasaan kasih sayang antara manusia kalau Allah swt tidak merestuinya. So, tidak perlu risau kalau sekarang kite sedang bersedih, insyaAllah esok lusa Allah swt akan berikan kegembiraan untuk kita :')

Hmm, itu sahaja yang aku ingin cakap untuk entry aku kali nie.. Kalau korang rasa aku sedang bersedih... Yup, memang aku sedang bersedih.. Sebab apa itu hanya aku, Allah swt dan teman rapat aku sahaja yang tahu. :')

Tapi sekarang, #alhamdulillah aku dah oke! :') Aku bersyukur sangat-sangat sebab ada sahabat yang ambil berat tentang aku, bagi semangat kat aku. Thanks kawan. :')

Okelah. Lagi panjang aku bercerita lagi sebak pulak hati aku nie.. Hee, bye semua..

P/s: Allah swt tidak akan tolong hambaNYA kalau hambaNYA sendiri sombong padaNYA.. :)

2 comments:

Shiema Sufian said...

nice entry. Shiema suke (:

Unknown said...

cool ye, bila kita kekurangan, orang tak akan berkurang pulak nak kutuk, mengata kita, tapi kita yakin, apa yang tuhan bagi dekat kita tak pernah kurang, kene yakinkan diri kita.. kita semua sama tak berbeza cuma mereka yang tak bersyukur suka membeza2kan antara kita. :)