Friday, November 23, 2012

Jombali Cafe


Hai semua... Apa khabar? Sihat? Moga semua sihat hendaknya.. Amin.. Hee~~

Siang tadi aku dan toiletmate a.k.a bestfriend aku pergi Carrefour Wangsa Maju untuk beli sedikit keperluan harian. Al maklumlah, duit pinjaman dah masuk.. Hihi..

 Dah terlanjur pergi dalam tengah hari macam tu, terfikir nak lunch sekali kat sana.. So, dalam banyak-banyak cafe atau kedai makan kat Carrefour tu, aku memilih untuk makan di Jombali Cafe. 

Apa yang menarik kat situ? Huuh, jangan cakap.. Pelbagai jenis hidangan ada di situ. Bermula dari jenis nasi goreng-goreng, mee goreng-goreng, bakar-bakar, side order, fish n chips, chicken chop, lamp chop, wantan mee, asam laksa, spaghetti, sandwish dan macam-macam lagi la.. Dan yang paling famous makanan kat situ ialah Nasi Kebuli Supreme (made with 18 spices). Minuman pun sama juga, pelbagai jenis minuman ada. Tengok gambar sahaja sudah terliur beb.. HAHA

Makan jangan mengikut nafsu. So, aku memilih untuk makan Nasi Kebuli Supreme bersama Bandung Lychee. Manakala  kawan aku lagi seorang nie memilih untuk makan Kantonis Fried Kuey Teow, Prawn Wantan Soup bersama Manggo Lychee. Nyam nyamm..

Oleh kerana terlalu lapar tadi, tak sempat nak ambil gambar makanan.. Sampai-sampai sahaja semua order, terus ngap.. HAHA.. Tapi kat bawah nie aku sertakan beberapa gambar jenis hidangan yang disediakan atas bantuan pakcik google.. Hee~~





Nampak sedapkan semuanya? Memang tidak dapat dinafikan, sedapp.. Harganya pula berpatutan dengan kuantiti dan rasa hidangannya. Sekali sampai order, haa amek kau..sepinggan besar dibaginya.. 

Yang lebih menarik lagi tentang kedai nie ialah kedai ini merupakan salah satu cafe atau kedai makan yang telah menjadi kunjungan dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Haa, hebat tak?? 

Owkeh la.. Aku dah rasa masakan kat Jombali Cafe. Korang bila lagi? Hihi..

P/s: Kedai makan atau cafe apa lagi erk yang sedap area Wangsa Maju?? Cadang-cadangkan la.. Hee 

5 comments:

Cikgu Ma said...

dah penah makan kt jombali...order nasi goreng lamb chop...bapak besar gedabak nak habiskan...memang puas hati...

Unknown said...

jauh sangat nak pegi..xdapatlah nak merasa..huh frust

Aesya Zealous said...

mak aihh. nampak lazat..tp xpenah lak nmpak kt tempat lain ek.. wangsa maju jauhla dr tempat kite.. :)

hazwan hairy said...

pernah dgr ja...meriahnya tgk! bila nk blnja..hahaha

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

jauh kalau nk pergi tu hehe