Tuesday, June 11, 2013

Penyakit Yang Boleh Sembuh Dengan Berjalan Kaki



Korang selalu berjalan kaki untuk ke suatu tempat? Atau mungkin korang bersenam dengan cara berjalan kaki? Di sini ada kelebihannya. 

Berjalan kaki dapat mengurangkan penyakit sekali gus dapat menyembuhkan penyakit tanpa perlu mengeluarkan wang. Mudah dan berbaloi bukan?

Antara penyakit yang dapat dielakkan dengan berjalan kaki ialah:

Serangan jantung. Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti. Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan, kolesterol baik (HDL) yg bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan kaki tergopoh-gopoh.

Stroke. Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yg bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

Membakar lemak. Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki. kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

Melangsingkan badan. Jika anda berlebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan. Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama dipertu anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam. 

Kanser. Gejalan kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar. 

Mencegah Osteoporosis. Sering berjalan bukan hanya menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda akan menjadi sihat dan kuat.

Mencegah kencing manis. Dengan rutin berjalan kira-kira 6km/j, dalam tempuhn sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk.

Depresi. Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresen yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. 

Banyak juga kelebihan dengan berjalan kaki. Lepas ini boleh la amalkan berjalan kaki ke mana sahaja. Except tempat yang jauh. Hihi Buang sifat malas yang mengusai diri. Ini juga untuk kebaikan tubuh badan kita. 

6 comments:

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

mmg byk manfaat berjalan kaki ni kan

nuyui a.k.a miss YUI said...

info bgus ni..

hazwan hairy said...

selalu juga berjalan..msa window shopping..haha

Anonymous said...

informasi yang baik..

Unknown said...

bagus aktiviti berjalan kaki camni
baik utk kesihatan kan

✿INA AINAA✿ said...

tips yg bgus! lepas ni kalau penat ketika berjalan kaki, mesti think positive! yeahhh!!! mesti x rse penat dah