Tuesday, June 23, 2015

Ramadhan Day 06: Menu Berbuka


Assalamulaikum.


Alhamdulillah hari ini sudah masuk hari ke-6 kita berpuasa. Pejam celik pejam celik hampir seminggu sudah kita berpuasa kan.

Sudah tentunya setiap kali berbuka puasa, kita mahukan sesuatu kelainan. Maksudnya tidaklah berbuka dengan menu yang sama sahaja. Dalam hati mesti terdetik " Hari ini nak berbuka nasi kerabu la. Esok nasi lemak kukus ayam la. "

Kalau boleh hari-hari nak menu berbuka sedap-sedap. Lagi-lagi kalau pergi bazar ramadhan. Haa amek kau kecur liur tengok. Nafsu itu semuaaa. Hahaha. 





Hari ini berbuka makan nasi kandar, kuih tepung pelita atau ada orang panggil kuih sampan dan air sunquick mandarin. Masak? Edok eh. Bazar ramadhan sudah. Hikhik

Ramadhan Day 01: Berbuka dengan dia makan mekdi depan 7 Eleven. Hahaha 
Ramadhan Day 02: Berbuka makan rojak mee ayam beli kat bazar ramadhan Jalan Reko dengan dia. Konon nak pergi bazar ramadhan Bandar Baru Bangi. Tengok jem semacam, patah balik. Hahaha
Ramadhan Day 03: Balik rumah berbuka dengan ibu ayah. Ibu masak lauk rebung. Lauk Fav. Hehehe 
Ramadhan Day 04: Berbuka beramai-ramai dengan saudara-mara sebelah ibu. Menu utama mee kari.
Ramadhan Day 05: Berbuka makan yong tau foo, popiah basah dengan air tembikai susu. Redah cari bazar ramadhan Bandar Baru Bangi Seksyen 16. Jumpeee, yeahh. Hahaha
Ramadhan Day 06: Berbuka makan nasi kandar, kuih tepung pelita, air sunquick mandarin. Pergi bazar terdekat je sebab tak larat nak redah jem. 
Ramadhan Day 07: Tunggu esok! Heee

Korang berbuka makan apa tadi? Beli atau masak? Puasa ada berbaki 3 minggu lagi. Hari-hari nak masak pun jadi kering idea. Beli? Pun sama. Hahaha  

P/s: Tetiba teringat masa belajar dulu. Hampir setiap hari berbuka makan nasi kerabu makcik depan. Serius, sedap. 

7 comments:

Dayana Zahari said...

Wahh meriahnya menu buka puasa dia. Hehe. Kita dekat sini masak sendiri je, makan apa yang ada. :P

✿ Ina Ainaa ✿ said...

Ena kat rumah baru makan beriye riye.. Sekarang tengah praktikal memang makan apa yang ada.. Tak sempat sebab kerja sampai malam

nuyui a.k.a miss YUI said...

smlm blik lauk akk msk je..hihi

Mommy ceria said...

akak pun masak semalam..tapi best pulak baca blog ni. teringat zaman belajar dulu2. hehe..nak puji, cantik blog adik ni.

zulhilmitempoyak said...

perghh.. bebetoi layan ni.

kisah earty said...

salam singgah:)
jemput join giveaway EFG mega raya 2015.. hadiah wang tunai menanti peserta bertuah..

http://www.akupenghibur.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html?m=1

Azura Aziz said...

tepun pelita tu menu wajib kak Alycia di bulan puasa ;)