Thursday, June 25, 2015

Ramadhan Day 08 : Sedekah


Assalamualaikum.


Orang kata bersedekah pada bulan ramadhan ni pahalanya lebih besar daripada hari-hari biasa. Skop sedekah yang dimaksudkan bukanlah hanya dengan memberi sesuatu iaitu sebagai contoh bersedekah kuih-muih pada jiran tetangga.

Senyum, membantu orang dengan tenaga, berkata baik, mengucap Subhanallah, mengucap Alhamdulillah dan sedekahkan Al-Fatihah pada mereka yang masih hidup ataupun telah tiada juga dikirakan sedekah.

Mudah bukan untuk kumpul pahala. Lebih-lebih lagi pada bulan yang mulia ini. Hehehe. Jom sama-sama kita bersedekah tidak kira daripada jenis apa pun. Apa yang penting niat kita bersedekah. InsyaAllah niat baik, Allah terima. 


Menu Ramadhan Day 08: Berbuka spaghetti bolognese  dengan air pepsi je hari ini. Blurppp, alhamdulillah. Masak ikut selera sendiri. Heee


6 comments:

nasibah khushairy said...

salam ramadhan kareem

eintan nurfuzie said...

sedp tu

✿ Ina Ainaa ✿ said...

Betul tu. Ringankan tangan untuk hulurkan beban..

nuyui a.k.a miss YUI said...

bersedekah selagi blh.. mana tau satu ari ada rezeki kt di kala kt susah =)

Jalal boy said...

Assalamaualaim WBT dan Salam Sejahtera

Satu perkongsian artikel menarik menegenai sedekah. Jemput ke blog saya untuk membaca mengenai Kelebihan Sedekah di Bulan Ramadhan Jalalboy

Zizie Zack said...

betul2.. x susah pun.. senyum pun dah dikira sedekah.. senangkan hati orang pun dah dikira sedekah :)