Tuesday, June 2, 2015

Customer Yang Berbudi Bahasa


Assalamualaikum.

Bila sudah bekerja di syarikat advertising sebagai pereka grafik, semestinya hari-hari akan menghadap customer yang mempunyai pelbagai kerenah. Perlu mempunyai hati yang cekal bila berhadapan customer yang tersangat cerewet ni. 

Hari ini datang seorang customer yang menggelarkan dirinya makcik. Sebenarnya jarang guna title makcik ni. Selalunya guna puan, encik, abang, akak ataupun adik. Kononnya nak jaga hati gitu. Hahaha



Dipendekkan cerita, makcik ni datanglah tadi dengan anaknya untuk lihat design signboard kedai mereka. Yang bestnya, makcik ni datang siap bawa jajan tau. Bukan satu dua, tapi tiga. Ada keropok, biskut musiz + coklat fingers. Sayang makcik lebih la macam ni. Eh? Hahaha


Inilah bila kita berbudi dengan orang, orang pun akan berbudi dengan kita. Makcik ni siap panggil sayang bagai. Haishh nak aje aku tanya, "Makcik ada anak lelaki single tak?" Hahaha

Tapi sebenarnya susahlah nak dapat customer yang baik macam makcik ni. Bukan apa, ada tu datang-datang dah la cerewet bab design lepas tu tak reti cakap baik-baik. Ishhh, nyirap je. 

Kalau hari-hari dapat customer baik macam ini, ushh hari-hari semangat nak kerja. Hehehe. Bukan mengharapkan bawa jajan, tapi cukuplah dengan bahasa yang sopan kalau bertanya tu. Kan? 

9 comments:

Afiqah said...

hahaha. okayy . df terbalik pulok. kita tegur baik baik cashier tu buat muka =.= . ohh mannn.

Arina Shamsul said...

untung kalau semua kastemer mcm tu kan? tapi cepat gemuk la pulak..hakhak..

Zafirah Jamaludin said...

bestnya dpt customer berbudi bahasa mcm mak cik ni :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

Bkn snng dpt customer mcm tu.. huhu

AinAthirah Anuar said...

hikhik . bagus la. takdak la stress nak kerja ^^

Fendi Rocka said...

power.orang meniaga yg ramah mcm ni yg kita cari2.

Dayana Zahari said...

Bagusnya, jom practice budi bahasa sama macam makcik ni, hee.

Dayana Zahari said...

Btw, saya dah tukar link from herstoriie.blogspot.com to dayanazahari.com kalau awak nak update blog links tu :)

Amanina Mads said...

bestkan kalau dpt cust macam ni.. tak byk songeh plus pemurah. hehehe