Sunday, June 28, 2015

Ramadhan Day 11: Jangan Membazir!


Assalamualaikum.


Bila tiba bulan Ramadhan, pastinya ramai perniaga mengambil peluang keemasan ini untuk berniaga. Terutama berniaga di bazar ramadhan.  Pelbagai jenis juadah dijual yang terdiri daripada makanan berat, makanan ringan, air dan pencuci mulut. Sudah semestinya bila pergi bazar ramadhan, pasti akan rambang mata dan nafsu nak beli itu ini datang.

Sebelum sampai bazar " Eh hari ni teringin nak makan nasi kerabu dengan murtabak la. "
Sesudah sampai bazar " Eh, nampak sedaplah kuih udang dia. Hmm, roti john pun sedap. " 
Padahal kat tangan sudah ada bungkusan nasi kerabu dan murtabak. Ishh ishh ishh.

Kalau rasa makan untuk diri sendiri, beli untuk makan seorang cukuplah. Ini tidak, beli macam 10 orang makan. Hahaha. Bukan apa, kalau beli habis takpe. Ini baru makan sikit, dah kenyang. Yang selebihnya tu? Tidak ke membazir namanya. 

Jadi sebelum nak membeli, ingat-ingatlah. Alaa, bolehkan hari ini beli nasi kerabu dan esok belilah roti john pula. Sehari nak beli semuanya, pehh. Hahaha. 

Ingat! Membazir itukan amalan syaitan. 


5 comments:

Puteri Afiqah said...

betul2.
makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Patutnya ramadhan ni jadi titik tolak kita untuk kurangkan makan.

Maria Firdz said...

Setakat ni memangmasak..kalau beli pun taufu fah je.. Sbb tak reti nak buat.. Hehe

Nurzakiah Hanum said...

singgah n follow back

Amanina Mads said...

Setakat ni masak di rumah.. hehee
malas nk ke bazar takut membazir.

Jemput join GA kad raya nina :)

Cikna said...

Stkt ni bawu 2x ke bazaar tu pun cari air&kuih, yg lain tu mcm xbrni tkut dia org panaskn mne yg xabis je...;-/