Friday, August 7, 2015

Slip Kiriman Pos Laju Terkini


Assalamualaikum.



Hari rabu lepas cabut sekejap pergi Kanter Pos Laju di Metro Kajang untuk pos barang customer. Sampai-sampai situ, nampak 1 nota tertera seperti gambar di atas. 

- lama -

Penggunaan slip kiriman pos laju yang baru telah mula digunakan bermula 1 Ogos yang lepas. Yang dahulunya berwarna oren dan kini yang baru bewarna cokolat. So lepas ni boleh siap-siap ambil slip kiriman pos laju yang baru banyak-banyak. Bukan apa, sebelum nak pos barang, siap-siap tulis semua details dulu. Tak perlu nak ambil no ke, tunggu pergi kaunter ke. Sampai di kaunter tinggal nak pos je. Jimat masa di situ kan?. 

- baru -

Slip kiriman pos laju yang baru mempunyai sedikit kelainan. Terdapat barcode di slip kiriman. Mungkin ini lagi memudahkan para pengguna kiriman pos laju terutama pada pembeli dan perniaga online. 

Selama ini tidak pernah lagi menggunakan khidmat pos lain. Alhamdulillah setakat ini, apa sahaja barang yang di pos menggunakan khidmat Pos Laju sampai dengan selamatnya. Hehehe. Pos Laju terbaikkk! 

P/s: Korang pernah guna perkhidmatan pos selain Pos Laju tak? 

8 comments:

Myalycia said...

tq sharing... alahai xtau pun.. aritu dh ambik byk ms sblm cuti raya aritu...

Raudhah said...

ohh patutlah dah lama tak nampak consignment note warna oren tu hehe

Unknown said...

wah bgus cmni....lbih maju...thnks info..klu x confirm xtau..huhu

DILA ELLA said...

Kelmarin sy ke pos laju, tercari2 slip oren tu..sekali dah tukar slip baru dah.tp tempat isi maklumat penerima tu macam tak cukup petak pula..

hana hadi said...

owh dah lain.bacode tu je ek bezanya

Mia Liana said...

thanks atas info ini...


psssttt thanks join segmen nak url blog #17. blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2015/08/senarai-url-blog-17.html

Nina Mads said...

slalu pos mesti guna purple.. hehe
dah berubah kod warna

Mardiah Diana said...

Terima kasih dik atas info ni...walaupun akak jarang guna perkhidmatan pos laju...hihi