Wednesday, November 4, 2015

Al-Quran Tajwid & Terjemahan Terbitan Humaira Bookstore


Assalamualaikum.


Finally, dapat juga Al-Quran Tajwid & Terjemahan terbitan Humaira Bookstore.  
Sudah lama niat nak beli sebenarnya. Tapi, nak beli online macam tak puas sebab tak dapat tengok depan mata sendiri. Jadinya, Ahad lepas keluar makan dengan ibu ayah balik tu singgah kedai buku MPH untuk cari. Yeahh, jumpa. Hehehe

Apa yang beza dan bestnya Al-Quran Tajwid & Terjemahan terbitan Humaira Bookstore ni?


Pertama.
Seperti yang ramai orang tahu, isinya selain mengandungi ayat Al-Quran, terdapatnya terjemahan ayat demi ayat. Sambil kita baca, kita boleh fahami di setiap baris ayat yang dibaca. 

Kedua.
Kemudahan untuk memahami hukum tajwid di setiap ayat yang dibaca melalui tanda warna-warna yang berlainan. InsyaAllah ini memudahkan untuk kita faham dan baca mengikut hukum tajwid yang betul.

Ketiga.
Di setiap helaian, terselitnya juga beberapa Hikmah dan Hadis yang sahih. 




Keempat.
Al-Quran Tajwid & Terjemahan ini menarik lagi minat untuk membacanya kerana setiap helaian muka suratnya berwarna-warni seperti warna pelangi. Selain itu, ia mudah untuk dijaga kerana adanya zip disekeliling. So tak perlu risau berhabuk ke atau mudah terkoyak. 

Bila dah beli, jangan buat hiasan sebab cantik je. Baca dan hayati setiap makna ayat yang tertulis. InsyaAllah, hati akan tenang dan makin dekat denganNya. 

3 comments:

Anum said...

indhanyaaaaaaaaaaaaaaaaa

Anonymous said...

assalam
al-quran pegangan hidup.

leya yeolly said...

cantiknya.