Saturday, March 5, 2016

B'Belle Instant Shawl by Bella Ammara Available At All Bella Ammara Boutique


Assalamualaikum.


Pada BellaAmmaraLovers di luar sana pasti tahu akan pengeluaran produk terbaru mereka iaitu B'Belle Instant Shawl yang menjadi bualan hangat masa kini.  B'Belle Instant Shawl telah mencapai jualan melebihi 10,000 unit dalam 1 minggu semasa pre-order dibuka pada 10th Feb lepas.


B'Belle Instant Shawl dilancarkan pada minggu lepas di butik cawangan Shah Alam dan pada hari ini pula akan direlease di semua cawangan butik Bella Ammara. Pada mereka yang tidak dapat nak grab minggu lepas, bolehlah dapatkan di butik mereka mulai hari ini.


Aku juga tidak mahu ketinggalan daripada memiliki salah satu koleksi B'Belle Instant Shawl. Waktu lunch hour tadi ajak akak office pergi butik Bella Ammara cawangan Bangi. Rata-rata mereka yang ada dalam butik mencari B'Belle Instant Shawl. 


Setengah jam sahaja duk belek instant shawl tu. Bukan apa, jadi rambang mata bila lihat pelbagai warna yang menarik. Kalau ikutkan nafsu, mahu semua aku grab. Hahaha.


 B'Belle Instant Shawl ini adalahlah daripada material Royal Quality Korean Chiffon ( Import terus daripada South Korea ) dan di datangkan sekali dengan kotak exclusive yang pasti menambat hati si pembeli. 


Ok, hakak dah memiliki salah satu warna B'Belle Instant Shawl. InsyaAllah next time boleh beli untuk ibu pula. Mana tahu dia berkenan. Hehehe

Pada mereka yang tidak dapat ke butik, bolehlah membeli secara online di website yang tertera di bawah.


P/s: Ini pertama kali beli instant shawl tau. Sebelum ni pakai shawl biasa, lilit sendiri. Hahaha

1 comments:

CikPuan FiDa said...

cantiknya... kalo pakai mesti nmpk gojes ni