Assalamualaikum.
Biasalah, hari pertama berpuasa excitednya lain macam. Semangat sungguh nak masak sedap-sedap itu ini. Mana taknya, puasa tahun ni beratkins. Hehehe. Jadi dugaan jugalah berpuasa sambil atkins ni kan.
Jadi hari ni menu agak special. Tapi tak tahulah esok lusa pun special macam ni. Hehe.
Bahan-bahan utama:
- bunga kobis yang dicincang
- bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan cili padi dibland sekali
- sayur kobis dan sawi
- serbuk belacan
- garam
Bahan-bahan hiasan:
- ikan bilis goren
- telur goreng mata
Cara-cara:
- tumiskan bahan yang sudah dibland tadi sehingga naik bau
- masukkan bunga kobis yang dicincang halus
- masukkan kobis dan sawi
- bila sudah sebati, masukkan sedikit garam dan serbuk belacan
Bahan-Bahan:
- 1 cawan ais sejuk
- 1 cawan ais kiub
- 3 sudu whipping cream
- 1 sudu unsweetened Hershey's Cocoa Powder
- 3 titik stevia
Cara-cara:
- campurkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga jadi ice blanded
- ok siap. Hehe
Ice blanded tak minum habis masa berbuka tadi sebab takut kembung air je nanti. Jadi simpan sedikit dan sambung minum selepas balik daripada taraweh. Ibu ayah sedap minum sirap cincau. Kita lagi sedap ok. Ice blanded. High class sungguh. Hahaha
Esok nak masak apa pula ye? Hmm
P/s: Untuk mereka yang baru buat fasa induction dua minggu pertama tidak digalakkan minum ice blanded tu tau. Heee
Kita dah share resepi, minta tolong klik bunga-bunga di bawah boleh? Terima kasih.
1 comments:
hehe caiyok caiyok.
Post a Comment