Thursday, June 9, 2016

Resepi: Sate Atkins


Assalamualaikum.

Lately ni tekak terasa nak makan sate. Mungkin sebab dah lama tak makan, itu yang jadi teringin tetiba. Kalau tak silap, last makan sate last year kot. 


Bagi menghilangkan rasa teringin nak makan sate, tadi balik kerja sempat jugaklah buat Sate Atkins sebagai juadah berbuka puasa untuk hari ini. Alhamdulillah, kenyang kau. Sate Atkins makan bersama salad dan Hershey's Hot Cocoa sebagai pemanis mulut. Hehehe

Resepi Sate Atkins


 Bahan-bahan perapan sate:
- daging dipotong nipis ( boleh juga digantikan dgn isi ayam )
- serai, bawang putih, bawang besar dibland sekali
- serbuk mix herbs
- lada hitam yang dibland
- sedikit garam
 Bahan sampingan:
- lada benggala kuning ( merah atau hijau pun boleh )
- bawang merah dipotong dadu
- lidi
 Cara-cara:
- perapkan semua bahan-bahan perapan, lada hitam, mix herbs dan garam bersama daging/isi ayam selama lebih kurang 30 minit - 1 jam ( lagi lama perap, lagi sebati bahan perapan )
- cucur daging yang diperap tadi dengan berselang-selikan dengan lada benggala dan bawang merah


- bakar di atas kuali sehingga daging empuk ( dlm 15 minit )
- Ok siap

Alhamdulillah, lepas dah tekak teringin nak makan sate. Ini merupakan kali pertama cuba buat Sate Atkins. Ayah yang tak berapa minat campuran mix herbs pun, makan 2 cucuk tadi. Siap cakap, " Sedap. Boleh jual ni." Hahaha 

P/s: Makan sedap, makan sedap juga. Jangan lupa bersukat ye. Pastikan carbs yang diambil tidak melebihi. Hehehe

Kita dah share resepi, minta tolong klik bunga-bunga di bawah boleh? Terima kasih. 
    

3 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

hehhe mmg sdp ni..

Maria Firdz said...

nampak sedap.. boleh cuba esok nih..

ms azie said...

mixed herbs tu ape?