Lama rasanya tak cerita tentang crush. Di mana dia sekarang? Buat apa sekarang? Sihatkah dia? Sudah makankah belum?
Bila sudah suka, minat, sayang pada seseorang, begitulah cara kita care pasal dirinya. Tapi adakah dia care pasal kita? Entah-entah dia tidak pernah perasan akan kewujudan kita. Sedihnyaaaa. T___T
Nama pun crush. Semua tentangnya kita mahu selidik. Kalau boleh nak pasang spy. Bila diselidik, jumpalah sesuatu. Mungkin sesuatu yang menggembirakan dan juga mungkin sesuatu yang tidak menggembirakan.
Yang tidak gembiranya, dia suka pada seseorang??? Siapakah orang yang bertuah itu?? Ohh tidakkah dia tahu akan aku suka padanya terlebih dahulu???? Itulah siapa suruh pendam perasaan seorang diri. Sekarang, dia sudah suka pada orang lain, diri sendiri juga yang rugi.
Jodoh pertemuan semuanya telah ditentukan. Walau sekuat mana rasa suka, sayang kita pada seseorang itu, jika dia bukan jodoh kita, buang masa semuanya.
P/s: Crush, bolehkan saya tahu siapakah wanita yang bertuah itu? Mesti dia cantik, pandai, baik, solehah kan? Untungnya awak. Walau siapa pun perempuan itu, saya akan sentiasa doakan kebahagiaan awak. Wuu, walau hati berat menerima, apakan daya.
9 comments:
doa lah cara terbaik unt menunjukkan kita syg die.. :)
~~
hai sy dtg dr contest .. jom join! http://yuyukstandalone.blogspot.com/2013/06/contest-mereka-tagline-jelitawanis.html
mai zmn skolah dlu pnah la
alahai ciannye...
apa khabar dirinya di sana
moga bahagia
juga diri sis..moga sentiasa bahagia
segala apa yg terjadi..pasti ada hikmahnya
untuk mendapat kan crush tu kita seharusnya main candy crush,, hihi joking. suka perenggan sebelum P/s :
sy xde crush, tp sy suka main candy crush, eh eh :P
hehe..kes eka ni sama dengan kawan saya..hehe
kalau suka, bgtau saja. tak payah tunggu lama2. hheheheh
Post a Comment