Tuesday, November 5, 2013

Kenapa Pemenang Masih Belum Diumumkan?


Mesti ramai tertanya-tanya, bila mahu umumkan pemenang bagi Mini Giveaway EkaTikah Craft. Masuk hari ini, sudah 6 hari  giveaway berlalu. 

Bukan sengaja dilewat-lewatkan umum pemenang, tetapi ada sebab-sebab tertentu kenapa pemenang masih belum diumumkan. 

Pertama: Sebab utama pemenang belum diumumkan ialah kerana kelembapan kelajuan broadband membataskan untuk melawat ke semua blog peserta dan membuat cabutan pemenang. Broadband lembab bukan kerana tidak bayar bil ok, tapi memang line kat rumah ni susah dapat. Lebih-lebih lagi musim hujan. Line yang nak melekat tu ciput sangat.

-reaksi muka pabila line broadband buat hal. rasa nak telan orang masa tu jugak-

Kedua: Apabila line sudah lembab macam siput, so nak blogwalking ke semua blog peserta pun macam siput la. Lagi bertambah rumit apabila dapat blog yang tersangat-sangat berat untuk loading. Huuh, hampir makan masa satu jam nak buka satu blog. Nak senaraikan blog siapa, tidak sampai hati. 

Ketiga: Itu baru dikirakan blog yang berat. Ada juga blog yang salah bagi link. Nasib hati ini baik. Kita punyalah rajin carikan link penyertaan peserta yang betul. 

Keempat: Korang tahukan semua hadiah berupa apa? Semestinya semua hadiah adalah berupa barangan craft full tajaan daripada EkaTikah Craft. Hadiah di mana semuanya dibuat, dijahit sendiri. So, take time untuk menyiapkan semua hadiah tersebut. Walaubagaimanapun, jangan risau. Semua hadiah yang tersenarai sudah 80% siap. Bantal yang juga merupakan salah satu hadiah sudah siap petang tadi. Agaknya bantal milik siapa itu? Hehe

Kelima: ? Hanya ada 4 sebab sahaja. Hehe

Sudah tahu sebab-sebabnya? So lepas ni tiada la yang berfikir tidak baik. Bukan apa, pernah terjadi dahulu. Pemenang belum diumukan baru beberapa hari + blog tetiba buat hal. Tuk tuk dapat tuduhan yang kita ni menipu. Haishh, kita tak pernah menipu oke. Anda semua hanya perlu bersabar bersabar dan terus bersabar. Ada rezeki anda, adalah nanti. 

Kita akan cuba untuk umumkan pemenang secepat yang boleh. Anda semua hanya perlu ALERT sahaja oke.

Peace yoo 

P/s: InsyaAllah, habis belajar nanti nak pasang wifi kat rumah ni. Senang sikit nak buat kerja itu ini. Takda la sampai kena pergi online luar rumah baru nak dapat line

10 comments:

Sukma Haron said...

masih setia menunggu....hihi

Cik Wan Awr said...

takpe, kami tetap menanti keputusan. :)
hrp2 bertuah. hihi

munirah rahman said...

biar lambat asalkan selamat.. hehe :)

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

Hope mereka yg menanti ni dapat faham keadaan eika... Biasalah tu, hidup ni kita tak dapat nak diduga bila Allah tu nak hadirkan ujian kpd kita... ^_^

Ierah said...

Saya paham sngt situasi tu. sbb brodband sye pon gema sangat lembab hehe. Takpe kami setia menunggu :)

♫♪ ~ Naurah_Nawwarah ~ ♫♪ said...

takpe... faham. everyday bukak blog ika.. tengok mana2 yg patut. dah jadi tabiat lak asal on9 bukak blog ika. jd silent reader je sudaa.... heheee. xsmpat nk comment..


inshaAllah, peserta yg lain semua faham keadaan ika.. hope ika sabar ye.. hehehee, line slow memang agak 'menyenangkan' sebenarnya...


hahahaa....

Maria Firdz said...

hehe.. mujur tgglkn comment.. hmpir terlupa join GA ni.. hehe

nuyui a.k.a miss YUI said...

biar lmbt asal selamat..hihi

Super Girl said...

wahh . menarik jee hadiahh XD

Zara Alisha said...

xpe take ur time... (^_^)

xmo gaduh2 kite nk happy je...