Assalamualaikum.
Masalah regangan kulit atau stretch mark bukan hanya berlaku pada mereka yang mengandung sahaja, malah juga boleh berlaku pada mereka yang saiz berbadan besar.
Tidak dinafikan, badan yang dahulunya besar dan kini beransur-ansur mengecik, akan menyebabkan kelihatannya kesan regangan kulit terutama pada bahagian kulit perut. Diri bertambah risau apabila dengar orang cakap, susah nak hilangkan kesan regangan pada kulit ni.
Diri sendiri tengok pun rasa takut.
Walaubagaimanapun, perasaan risau dan takut pada kesan regangan kulit ini dapat di atasi dengan menggunakan produk Bio Oil. Alhamdulillah sedikit lega bila ada yang mencadangkan produk ini adalah salah satu cara untuk menghilangkan kesan regangan kulit.
Bio Oil ini mengandungi vitamin A, vitamin E dan hasil gabungan minyak Kalendula, Lavender, Rosemary dan Komomil. Selain boleh menghilangkan kesan regangan kulit, Bio Oil juga boleh menghilangkan parut, warna kulit tidak sekata, penuaan kulit serta kulit kering.
Untuk dapat kesan yang memberansangkan, sapukan pada kulit 2 kali sehari sekurang-kurangnya selama 3 bulan.
Ini baru percubaan, jadi beli botol kecil dahulu. Hopefully selepas 3 bulan menggunakan Bio Oil ini, ada jugalah hasilnya. Heee. Badan nak shape cantik, kulit pun mestilah cantik.
4 comments:
nak try jugak lah,,hhehehe
timm pun guna jugak, tapi buat mcm baby oil jer, sapu tmpt2 kasar cam lutut, siku..ok la, pengguna tegar bio oil, beli yg besar pakai xhabis2..
akk nk pakai balikla..huhu
tak prnh lagi guna bio oil..
Post a Comment