Assalamualaikum.
Bulan pertama hingga bulan ketiga, betul-betul ikut rules diet atkins. Mana yang tak boleh dan rasa was-was memang tak sentuh langsung. Set dalam mind, " kau nak sihat dan kurus, buat betul-betul!"
Alhamdulillah ini masuk bulan keempat amalkan diet atkins. Bermula pada bulan 12 tahun lepas dan hingga sekarang amalkan diet yang sama. Sekarang dalam proses reinduction semula sebab last 2 weeks busy sangat ke sana ke sini sampai makan pun tak jaga. Heee
Hasil daripada menahan nafsu makan macam hantu dulu, dapatlah perbezaan dahulu dan sekarang seperti gambar di atas. Alhamdulillah, bersyukur sangat bila orang nampak perbezaan kita dan yang paling penting badan rasa lebih sihat daripada sebelum ini.
Ramai yang PM di FB dan WhatsApp bertanyakan apa menu-menu harian. Kalau nak listkan semua memang tak ingat. Tapi yang pasti simple-simple dan sedap. Heee. Ada juga yang bertanyakan, tak jemu ke makan menu yang sama? For me, susah untuk ada rasa jemu. Kadang-kadang seminggu tu boleh 4 ke 5 kali menu yang sama. Hehehe
Mereka yang nak tahu menu-menu ringkas tu, seperti di bawah ye:
Pagi:
telur rebus, telur goreng letak cheese, telur dadar letak cheese, pizza telur, muffin telur, telur + ikan bilis goreng, telur setengah masak, telur gulung inti sardin/tuna ( sardin ambil ikan sahaja/tuna in water ), telur bungkus inti isi ayam+cheese, salad dan timun jepun
T/hari:
kuey teow goreng ( telur dadar nipis2 ) ikan goreng kunyit, ayam goreng kunyit, ikan bakar daun pisang, ayam bakar mix herb, ayam bakar paprika, sup ayam, sup daging, sayur bayam tumis air, kubis goreng telur, sawi goreng telur, salad, timun jepun, sambal ikan serai, sambal telur, sambal ayam serai, hati goreng kunyit, ikan salmon bakar
Petang/lepas makan t/hari:
minum green tea.
Mlm tak makan. Tapi kalau lapar, goreng telur cecah mayonis dgn timun jepun
Walaubagaimanapun disarankan, jangan bergantung pada diet 100%. Sambil-sambil diet, buatlah senaman sesekali bagi fitkan badan kita yang dulu lemah dengan lemak-lemuk tepu. Hahaha. Satu lagi, bersenam juga dapat mengurangkan ukur lilit badan. Mungkin berat lambat turun, tetapi percayalah ukur lilit badan mesti berkurang. Tidak kisah jogging ke, main badminton ke, ataupun berzumba. Macam kite ni, seminggu 4 ke 5 kali pergi gym. Hehehe
Walaupun nampak perubahan ketara, berat badan masih belum mencapai berat ideal iaitu sekitar 60kg-55kg. Bila ayah tanya nak diet sampai bila? Kite ni cakaplah nak capai berat 55kg baru stop diet. Dia punya bising, bukan main. Hahaha. Dia taknak anak dia ni kurus macam batang lidi.
Pada kauorang yang tengah berdiet atau baru nak mula berdiet, setkan dalam minda apa tujuan untuk berdiet. Tolak tepi apa orang sekeliling cakap yang negatif dan yang positif ambil sebagai semangat. InsyaAllah, buat dengan konsisten kauorang akan dapat hasil yang diidamkan. Hee. Goodluck semua
P/s: Siapa nak tahu menu lulus atkins yang kite makan setiap hari, jengoklah sini. Hehe
7 comments:
wow..tahniah dapat istiqomah dgn atkin tu..bukan semua org mampu buat,tambah2 org asia. terbaik .semoga lebih sihat.
Perghhhh!! Dasyatttt perubahannyaaa! Ena ni tengah sibuk, memang tunggang langgang pemakanan. Cuma malam je disiplinkan diri jangan makan pape
wah bagusnya. nak try gak macam ni. orang kata, breakfast like a king. tapi saya dinner like a king. waaa. bila nak kurus
ain pun tengah dalam proses kurus mengurus jugak ni .semoga kita sama sama mencapai berat idaman kan :)
Perubahan yang sungguh baik,keep up a good work!
kak mia susah nak kurus... huhuh
pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #23. maaf mia baru sempat nak blogwalking.
blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2016/04/senarai-url-blog-23.html
pemenang akan diumumkan pada 26 April 2016
hebat. tahniah. makin comel gitu.
hendak seribu daya kan...
Post a Comment