Saturday, June 11, 2016

Resepi: Cheesecake Hersheys's Cocoa Atkins


Assalamualaikum.

Hari ini ibu buat menu special untuk berbuka seperti Nasi Serai, Kari Ayam, Kuih Onde-Onde dan Bandung Soda. Ushh, kecur air liur bila tengok tahu. Hehehe. Tapi sabaaaarrr. Sentiasa INGAT dlm diri, " Kau nak kurus, JANGAN makan." Bukannya tak pernah makan semua tu. Pernah. Cuma buat masa ini kawal semua tu. Heee


Jadinya, sebagai pengubat luka-lara kerana dek tak dapat makan Kuih Onde-Onde ibu buat petang tadi, maka terhasillah Cheesecake Hersheys's Cocoa Atkins. I buat sendiri ok dan sememangnya sangat mudah! Weee. 

Resepi Cheesecake Hersheys's Cocoa Atkins

 Bahan-bahan:


- 250gm cream cheese Tatura


- 3 sudu whipping cream
- 1 sudu asen vanila


- 1 sudu serbuk gelatin untuk masakan


- 1 sudu Hershey's Cocoa Natural Unsweetened
- 5 stevia sebagai pemanis

 Cara-cara membuatnya:
- satukan bahan-bahan seperti cream cheese, whipping cream, asen vanila, stevia dan pukul menggunakan mixer dan ketepikan
- cairkan serbuk gelatin dengan air panas dalam satu gelas dan kacau sehingga larut
- satukan bahan-bahan di atas dan kacau sehingga adunan sebati
- asingkan kepada 2 bekas untuk membuat tone warna pada kek 
- campurkan 1 sudu Hershey's Cocoa Natural Unsweetened pada salah satu adunan tadi
- bila semua adunan sudah siap, ambil satu bekas dan satukan kedua-dua adunan tersebut dengan berselang-seli.
- siap dan sejukkan dalam peti ais selama 3 hingga 4 jam


Maka terhasillah sedemikian. Taraaa. Hehehe.



Syok tu tetap syok bila dapat makan. Tapi beringat ye. Jangan habiskan sekali satu mangkuk. Makan bersukat oke. Hehehe. See, malam ini makan sepotong sahaja. Selebihnya makan untuk hari-hari seterusya.

Mudah bukan? Tak perlu nak bakar ataupun kukus. Jadi lepas ni tak perlu nak mengeluh tak dapat makan cheesecake masa berdiet. Boleh oke! Hee. Selamat mencuba ye. 

Kita dah share resepi, minta tolong klik love-love di bawah boleh? Terima kasih. 
    


2 comments:

Fatimah Nabila said...

Sedapnya!

Unknown said...

mmg gelatin yg panas2 larut tu terus masuk dlm adunan cheese tu eh?