Sunday, June 12, 2016

Resepi: Chicken Butter Atkins


Assalamualaikum.

Hampir setiap hari blog ini dipenuhi dengan pelbagai jenis resepi diet atkins. Nak tumpang tanya ni, ada yang jemu membaca tak? Heee. Kita share resepi bukan nak menunjuk yang kita seorang sahaja yang buat diet atkins ni, tapi kita nak share pada semua betapa banyak sebenarnya menu yang kita boleh makan ketika berdiet.


Jadi resepi kali ini pula ialah Chicken Butter Atkins.

Bahan-bahan perapan ayam:
- isi ayam dipotong dadu
- 1 biji telur
- lada hitam yang dikisar
- sedikit mix herbs
- sedikit garam

Bahan-bahan membuat kuah:


- 1 1/2sudu butter
- 5 tangkai cili padi ( nak lagi pedas boleh tambah )
- 1 tangkai daun kari
- 3 ulas bawang putih dicincang halus
- 1/2 bawang merah
- 2 atau 3 sudu santan/ whipping cream
- sedikit garam sebagai perasa

Cara-cara membuatnya:


- Gaulkan semua bahan perapan bersama isi ayam yang telah dipotong dadu dan kemudian perapkan paling kurang 15 minit. Kemudian goreng setengah masak dan ketepikan.
- Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak.
- Kemudian masukkan butter. Tujuan butter dimasukkan kemudian kerana tidak mahu butter hangit bila ditumiskan terlalu lama. 
- Tumis semua bahan seperti bawang putih, bawang merah, daun kari dan cili padi sehingga naik bau wangi.
- Masukkan santan/whipping cream dan gaulkan sehingga mendidih. 
- Masukkan sedikit garam sebagai perasa.
- Akhir sekali, masukkan isi ayam yang digoreng tadi.

Siap!

Resepi asal Chicken Butter sebenarnya ada letak tepung jagung dan susu sejat. Kita olah semula resepi ini supaya lulus atkins. Kita yang nak makan, kita olah sendiri masakan kita. Hee.
Ok, selamat mencuba ye 

Kita dah share resepi, minta tolong klik love-love di bawah boleh? Terima kasih. 
    


2 comments:

Suria Amanda said...

Ni org x diet pun terliur dh ni...hahaha...

nuyui a.k.a miss YUI said...

sdp sdp..