Wednesday, April 27, 2011

Luahan Hati Seorang Perempuan



Assalamualaikum n selamat petang sume..

Petang nie ak mau jiwang-jiwang cikit..*Lebih cikit la
Entah kenape tbe-tbe nak jiwang-jiwang petang nie..myb sebab teringat an dye kot..*rindu same kamo dehh..=)
Harap-harap dye ok kat sane.."awak,,cepat la balik..saya rindu la kat awak"..hehe..abaikan

Owkey..berbalik pada cite asal..ak nak share something yg bagi ak amat menyentuh hati ak bile bace..Luahan ini ditujukan terutama kepada lelaki..nama pun "Luahan Hati Seorang Perempuan"..
So,,lelaki kat luar sane sile lah bace n hayati betul-betul setiap ayat yg disampaikan..

"Luahan Hati Seorang Perempuan"

Andainye lelaki tahu...
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
Lelaki itu tidak semestinye mempunyai segalanya,
Tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya..


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
Itu bukan bermakna dia lemah,
Tetapi dia sedang mencari kekuatan utk terus tabah mencintai lelaki itu..


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
Memang dia tidak mampu mengawal perasaannya,
tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu..


Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
Dia tidak pernah bermaksud membuat anda rimas,
Tapi dia mahu lelaki itu mengenalinya dgn lebih dekat..


Andainya lelaki tahu..
apabila perempuan itu berkata dia mahu anda berubah,
Itu bukan bermakna dia tidak terima anda seadanya,
Tetapi dia mahu menjadikan anda yg lebih baik.
Bukan utk dirinya tetapi utk masa depan anda..


Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang,
tetapi dia terlalu sayangkan anda 
dan masih menganggap anda seakan budak kecil yg masih memerlukan sepenuh perhatian..


Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan mengajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dgn wang ringgit atau hadiah sedozen,
Tetapi cukup dgn perhatian yg boleh membuat perempuan rasa dihargai..


Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan itu mengatakan yg dia merindui anda,
Dia benar-benar bermaksudkannya
Apabila berjauhan, bayangmu akan sentiasa bermain di mata..


Andainya lelaki tahu..
Sememangnya ALLAH SWT menciptakan lelaki dan perempuan itu
Dengan perbezaan yang tersendiri
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
Mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan..


Perempuan itu diciptakan oleh ALLAH SWT indah sekali
Di sebalik air matanya,
Tersimpan seribu satu kekuatan
Yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya..


Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah,
Tetapi dia mempunyai kekuatan tersendiri yg boleh menggoncang dunia
dan mungkin boleh membuat lelaki menjadi lemah kerananya..


Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
Kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
Tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna..


Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yg terbaik utk anak-anak anda kelak..


Apa macam??..tersentuh xhati korang bile bace??..atau xdew rase apew-apew..
Kalau xdew rase apew-apew memang sah hati korang hati batu..
Opss...soe terlepas..hehe

Owkey lah..sekian sahaja dari ak..
Byeee..^___^

4 comments:

FD. said...

nice. ^^ nak cuba baca post 'andai perempuan tahu' pula. ada ke ? hee.

EkaTikah said...

@ fatma diyana MB:..thanks sudi bace..post "andai perempuan tahu" akan datang..hee~~

NuRatiKaH said...

suke sgt dgn post ni...nk copy bole? suke.... =)

EkaTikah said...

@ nuratikah:..huhu..copy jew lew..tq..