Friday, January 6, 2012

Bila Tiba Hujung Minggu





Hai semua...

Kejap jew dah hari Jumaat kan... Hari ini merupaka hari Jumaat pertama untuk tahun 2012.. Macam mana kat masjid tadi? Ramai tak kaum adam yang menunaikan solat Jumaat?? Hmm, sendiri mahu ingat la erk..

Hujung minggu dah tiba, pada adik-adik yang bersekolah siap sedialah untuk menyiapkan homework-homework yang telah diberi oleh guru.. Tapi, selalunya minggu pertama persekolahan jarang ada cikgu yang mengajar..Bukan mengajar, masuk kelas pun belum tentu.. Yewla, awal-awal persekolahan nie cikgu busy sikit..

Tapi bila dah pertengah bulan, mulalah cikgu bagi homework yang melambak.. Sampai tak cukup tangan dan kering idea nak buatnya..Kalau dapat cikgu yang prihatin oke lagi.. Dapat cikgu yang street memang payah la..Kalau dia nak homework dia time tu jugak dia minta..

Biasalah kalau dah kembali ke alam persekolahan, banyak perkara yang berubah.. Hampir setiap hari dibekalkan homework, kene study hard balik, mula tidur malam ikut pada masanya #takbolehtidurlambat, makan pun tak boleh sebarang makan, #dilarangsamasekalimakancekedi dan macam-macam lagilah..

Alarh, bukan untuk mereka yang bersekolah sahaja, aku yang tak sekolah lagi nie pun same juga..Assignment menimbun lecture bagi.. Lebih-lebih lagi bila tiba hujung minggu macam nie..Sebab itulah aku jarang balik rumah time hujung minggu.. Kalau balik rumah takde maknanya nak siapnya assignment aku tu..Bukan nak siap, buat pun tak..Hahaha

Okelah, lagi lama aku bercerita lagi panjang entry aku nie..Maklumlah tengak bosan tahap gaban..Nak buat assignment pun takde mood..Esok jew la start buat..Kalau rajin tengah malam nanti aku buatlah.. Hehe.. Bye Bye

P/s: Kalau boleh siapkan homework atau assignment tu secepat mungkin..Kalau tangguh-tangguhkan kerja nie payah nanti.. hee~~

Nak makan free?? klik sini

0 comments: