Saturday, October 26, 2013

Booth: Hari Sukan Sekolah



Alhamdulillah, salah satu impian aku sebagai seorang crafter untuk membuka satu booth craft tercapai. Khamis lalu, di SK Ganun telah berlangsungnya Hari Suka Sekolah. Di situlah tempat aku mula pertama kalinya membuka booth craft. Walaupun ruang disediakan agak kecik, alhamdulillah sangat berpuas hati dengan kehadiran pengunjung.



Adik-adik seronok akak lagi berdouble seronok. Hihi.

Tidak kisahlah adik-adik ni beli atau pun tidak, yang penting mereka suka dengan semua craft yang dijual dan yang dipamerkan. Mungkin ketidakcukupan duit membataskan mereka untuk membeli. Sampai ada seorang adik tu cakap "Akak, Isnin nanti akak buka lagi tak? Nak beli. Nanti kita bawa duit" Hehe. 

InsyaAllah next time nak buka booth pada hari terbuka hostel, next year. Semoga dipermudahkan semuanya. 


6 comments:

Busyra Bt Takiyudin said...

waa. comel comel smua. :)

piqa da bajitos said...

hehe
siap nak bawak duit tu
kena bukak lagi tu

Arya Estinengtyas said...

adeh cute mute semuanya....

Kathy Rbain said...

kreatif sis ni..

nuyui a.k.a miss YUI said...

comel2 craftnya..mmg budak2 suka..hihi

munirah rahman said...

wah! bestnya ~ untunglah pandai berkraf ni :)