Saturday, January 24, 2015

Maggi Royale Korean Spicy

 


Iklan Maggi Royale Korean Spicy asyik keluar di kaca televisyen. Tengok macam sedap. Macam la macam. Rasanya belum lagi. Muehehe


Asal nak beli je, tengok harga RM7.90. Ok beli time ada promosi la. Datang masa promosi tahun baru hari tu, tengok harga turun 10sen 20sen je. Ok nanti-nanti la beli. Stok maggi ada banyak lagi kat rumah tu. Satu hari tu nekad, nak beli jugak. Mahal pun mahal la. Tengok iklan tv dengan dengar cerita akak office mana boleh tahan. Haha

Bila nak masak, tengok dalam peti ais hanya ada ayam dan sotong. Dagingnya takde. Ahh, bedalkan aja. Masak ikut cara sendiri. Tambah sosej, cendawan dan carrot. So, jadilah Maggi Royal Korean Spicy Squid. Hehehe


Ada kelainan pada kekenyalan mee maggi ini dariapda yang biasa. Rasa Korean yang sebenar tidak tahu macam mana, tapi pedas-pedas tu boleh la. Jenis aku ni kuat makan pedas, itu yang tambah sedikit cili kampung. Hehe

Awak-awak yang belum cuba, cubalah. Mana tahu kena selera. Hehe
 

5 comments:

cik kiera said...

Memang sedap pon maggi korean beef ni.. Haritu kiera beli ada promosi.. rm6.80 jee. Hihi :)

Lagi sedap makan dengan Kimchi... sedap . huhuhu

Putera Zach said...

memang sedap..... saya kasi 4.99 bintang

Norasyimah Saifullah said...

bukan untuk saya kot meggi ni sabab tak mengikut citarasa saya

ezuddin said...

dah makan dah mi ni, tp tak tau plak rasa mi korea tu mcm tu.. heeee

Kathy R'bain said...

wah..sedap ni..