Monday, January 12, 2015

Pisang Goreng Cheese, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi



Punyalah kempunan nak makan Pisang Goreng Cheese, akhirnya tercapai juga. Hehe.

Semalam kebetulan pergi kedai Kraf Ezee di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi untuk beli barang craft. Masa pergi tu, nampak dah gerai tepi jalan jual Pisang Goreng Cheese. Bukan main banyak. Kiri kanan jalan ada. Dalam hati berkata "haishhh, time aku cari satu gerai pun tak jumpa. Ini melambak pula. " haha

Lepas habiskan duit beli barang, lupa yang niat balik tu nak beli Pisang Goreng Cheese. Sanggup pergi cari ATM keluarkan duit semata nak beli Pisang Goreng Cheese. Nampak tak nampak tak? Haha

Maklumlah, pertama kali makan. Jadi excitednya lain macam. Hehe. For me, not bad la. Rasa pisang tu lemak-lemak, dicampur dengan choco cair, cheese yang di sagat halus dan dihiasi dengan choco rise warna warni. Harga pula RM5 (4 keping pisang goreng ). Pernah juga nampak RM7. Isinya tak tahu pula berapa. 

Baru tahu macam mana rasanya Pisang Goreng Cheese yang disebut-sebut orang ramai. Lepas ni nak try buat sendiri la. Buat sendiri boleh makan puas-puas. Hehe :P

P/s: Korang tahu tak Pisang Goreng Cheese yang paling sedap area Bangi? Mana tahu lagi sedap daripada yang ini. Hehe

5 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya

Mama Idlan Irsyad said...

ni yang pisang cheese jakarta tu ker? yg tu xtau la sedap ker tak.. tp tu yg femes kl kt s.alam.. ada kt bangi jugak.. sebaris dgn az-zahra tu.. dpn restoran kelisa..

nuyui a.k.a miss YUI said...

Mahal juga tu... huhu.. buat sndiri puas hati

FarhanahAdzlan said...

hrrmm macam mahall kat rumah saya 6 keping 5 hinggit.. takpe buat sendiri lagi sedap boleh letak berapa banyak cheese nak letak haha

kRaf eZee said...

Kami hampir tiap2 hari makan pisang cheese ni. dah macam nak boring pulak :)