Sunday, January 18, 2015

Pasar Tani Seksyen 9, Bandar Baru Bangi

 

Pagi tadi semangat bangun pagi sebab nak pergi Pasar Tani Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Sebelum ni pernah pergi. Tetapi pukul 12 tengah hari macam tu. Semua peniaga sudah mula kemas barang. Datang silap time la. Haha


Kebetulan sayur dalam peti sudah kehabisan, belilah sedikit untuk masak bawa bekal pergi kerja. Rajin tak rajin tak? Hehe





Takotau is my fovourite. Kalau nampak, mesti beli punya. Kebetulan belum breakfast, apa lagi kita tapau 1 set takotau chicken cheese. Hehe


Keropok lekor mai from Terengganu katanya. Diri ni pantang nampak kerepok lekor, mesti nak singgah. Nampak macam sedap. "Makcik, keropok lekor RM2" hehe


Inilah dia hasil tangkapan hari ini di Pasar Tani Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Cukup rasanya untuk seorang. Maklumlah, duduk sendiri masak pun sendiri la. Hehe

Kita masih baru lagi area-area sini. Kalau ada pasar tani atau pasar malam yang best area Kajang dan Bangi share la. Nak juga tahu apa yang best. ^^

 

2 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

Rajinnya dia.. bgs2

Effa Eddy said...

Padahal duk langat and selalu g kajang. Jiran je pun dengan bangi tapi tak pernah singgah cuma selalu dengar orang kata pasar tani dia best. Sama macam pasar malam jugak