Sunday, January 4, 2015

Pasar Minggu Pagi Ahad




Pagi tadi pergi pasar merempit dengan ibu. Maklumlah lama rasanya tak bawa motor. Asyik drive kodok ke hulu ke hilir. So balik Melaka, pinjam motor ayah la apa lagi. Hehe



Apa yang bestnya pasar minggu pagi ahad ni, cakap nak sayur apa insyaAllah semuanya ada. Selain daripada sayur-sayurannya yang segar, harga juga sangat berpatutan. Berpatutan la daripada beli kat pasar raya. Pilihan juga banyak.




Pilihan buah-buahan juga banyak. Ada yang sebakul RM5, 18biji RM10 dan macam-macam lagi la. Buah orange buat jus sedap juga ni. Hehe. 

Nak pergi pasar minggu ni kena pergi pagi-pagi. Kalau pergi dah pukul 9 ke atas, banyak sudah habis. Nanti ada yang balik dengan tangan kosong. Hehe

P/s: Hari ini request ibu pucuk ubi masak tempoyak. Itu yang pergi pasar cari bahan-bahannya. Terutama tempoyak. Belum musim durian susah sikit nak cari tempoyak ni.


4 comments:

ezyra daniel said...

pucuk ubi masak tempoyak??jarang plak dgr even sye dok pahang..haha...kalau masak lemak cili padi tu selalu ..hehe..macam nak try je..

nusha fasha said...

Rajinnya ank dara ni... bgs2

Nao Mei said...

Shopping beli sayur ye dik..kiki

Cik Iman said...

dah lama tak gi pasar pagi :)