Thursday, August 16, 2012

Meratap Kesedihan Seorang Diri




Siapa di sini sebelum tidur dia akan dengar lagu sedih sambil kenang kesah-kesah silam seperti mana gambar di atas?

Ala, tipulah kalau korang tak pernah mengalami keadaan sedemikian. Terutama kalau korang tengah rindu someone or putus cinta ke..Kan?.. Sambil on lagu jiwang, pehh lagi laju air mata tu mengalir.

Biasalah, bukan semua manusia dapat kongsi masalah mereka dengan semua orang. Lebih-lebih lagi masalah cinta. Terutama perempuan. Mereka kalau boleh, nak simpan masalah itu sendiri dan pendam seorang diri. Yang sakit hati sendiri juga.

Depan orang ramai memang tersenyum lebar, ketawa terbahak-bahak. Tapi disebaliknya siapa tahu? Mungkin dengan senyum yang dibuat-buat itu adalah untuk menutup rasa sedih dan kecewa yang sedang menyelubungi diri.

Balik bilik, kunci pintu, selubung badan dengan selimut, buka lagu sedih, dan mulalah menangis. Meratap kesedihan yang dialami seorang diri. Bangun pagi, tengok mata lebam sebab seharian menangis. Mak tanya kenapa mata lebam? Alasan, kene gigit dengan penyengatla dan bla bla bla. Padahal mata tu penat menangis seharian malam tadi.

Setiap orang ada cara tersendiri dia melepaskan rasa kesedihan itu. Mungkin orang ini dengan cara busykan diri buat pelbagai kerja. Mungkin orang itu dengan cara shopping, keluar jalan-jalan. Dan mungkin juga ada yang suka menyendiri seorang diri di dalam bilik.

Apa-apa pun ingat, setiap kesedihan yang dialami pasti akan ada kegembiraan kelak. Mungkin bukan esok tapi mungkin lusa. Allah swt Maha Adil. 

P/s: Aku cakap berdasarkan pengalaman aku sendiri. Korang pula macam mana? :')

2 comments:

Nur Syafinas said...

okeh ..
entry awak kene nan jiwe skang nih ..
sedih sebab someone p tak clash pun ..
tapi t'lalu sedih ):

nuyui a.k.a miss YUI said...

sedih tp pndai cover =)