Monday, October 28, 2013

Cerita Hari JadiKu

 


"Happy Birthday to you, Happy Birthday to you, Happy Birthday to ............ Happy Birthday to you.."

Gerangan siapa punya hari lahirkah yang aku wish ini? 


Pelik apabila lihat orang wish birthday sendiri? Peduli apa. Dah takda nak wish, wish diri sendiri pun oke ape? Haha

Hari ini genaplah aku 20 tahun 2 hari aku hidup di bumi ini. Terima kasih kepada ibu dan ayah kerana telah mendidik, menjaga makan minum pakai sepanjang 20 tahun 2 hari hidup ini. Sangat-sangat berterima kasih kerana dikurniakan ibu ayah yang sangat bertanggungjawab, penyayang, baik hati dan segala-galanya.

Pejam celik pejam celik, sekejap sahaja umur sudah menjangkau 20 an. Sudah lepas angka belasan tahun. Maka diri ini harus lebih matang daripada  sebelumnya. 

Terima kasih juga kepada saudara-mara, kawan-kawan yang mengenali mahupun tidak, atas ucapan Selamat Hari Jadi yang diberikan. Tidak mengharapkan hadiah sebesar gunung mahupun bukit, tetapi cukup sekadar doa yang diberikan.

Ada sesetengah orang, apabila tibanya hari lahir mereka, mulalah adakan majlis hari jadi, kejutan daripada rakan-rakan, baling telur, tepung, air semua. Aku? Sesimple yang mungkin. Tiada kek hari jadi yang special, hanya ada ucapan hari lahir daripada keluarga, saudara-mara dan sahabat yang mengingati akan tarikh 26 Oktober. 

Walaubagaimanapun, thanks to my bestfriend, Fahimah atas sepotong kek SR Chocolate Indulgence yang diberinya pada malam sebelum 26 Oktober. Seumur hidup, tak pernah dapat kejutan hari jadi tau. Terharu dibuatnya. hihi. Nak kata dapat kejutan daripada boyfriend, boyfriend pun takda. Sedih kan? Haha

Itulah sahaja cerita Hari Jadiku. Mungkin tidak sehebat cerita anda semua. Tetapi sekurang-kurangnya ia satu pengalaman dalam hidup. kan?

P/s: Sudah lama rasanya tidak menaip entri sepanjang ini. Heee

 

6 comments:

Anonymous said...

selamat hari lahir. moga sentiasa di limpahi rahmat allah hendaknya.

Azhafizah MN said...

Happy Birthday Tikah :)

Unknown said...

Happy bornday dear.. Sweet twenty ! ^^

Unknown said...

Happy bornday dear.. Sweet twenty ! ^^

Anonymous said...

selamat hari lahir sis syg..

Unknown said...

selamat hari lahir jugak.. hehe
nak wish jugak walaupun dah lambet
btw, kita sama umur.. :)