Tuesday, January 6, 2015

Berkelah Di Pantai Pengkalan Balak



Ini cerita Sabtu yang lepas. Aktiviti yang tidak dirancang sama sekali. Kebetulan Sabtu itu cuti Maulidur Rasul, ibu ayah pun ajak la berkelah tepi Pantai Pengkalan Balak. Kalau bertiga sahaja tak meriah. Jadinya diajaknya juga saudara-mara yang lain.


Alhamdulilah cuaca pun baik. Laut pun tenang je tengok. 


Macam-macam juadah makanan ada. Sampaikan tak tahu nak makan mana satu dahulu. Hehe


Karipap yang ibu buat sentiasa memikat hati. Wahh gitu. Hehe. 


Tak sah kalau berkelah takda bbq. Tak kisah tiada ayam, ikan cencaru pun jadilah. Di bakar atas daun kunyit tu yang buat lagi sedap. 

Bila masing-masing sudah puas mandi, muka pun sudah hitam legam dek kerana mandi time matahari terik, dalam pukul 6 petang sudah mula kemas-kemas mana yang patut.

For me, Pantai Pengkalan Balak antara yang sesuai dan best untuk berkelah. Segala kemudahan tersedia ada seperti tandas, gerai makanan, sewa pelampung dan kedai cenderahati. Bagi mereka yang ingin bermalam di situ, tidak perlu risau kerana chalet juga banyak pilihan dan harga masih berpatutan.

Dalam banyak-banyak tempat, korang suka berkelah di mana? Mana tahu lepas ni boleh jadi next destination untuk berkelah. Hehe

10 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

Wah sronoknya dik...
lama xbekelah...

Unknown said...

wah bestnya pegi berkelah.. dah lama sy tak pegi berkelah ...biasanya kalau berkelah slalu pegi air terjun sekayu ^_^

Firzanah said...

baru bulan lepas gi berkelah, memamg enjoy hehe :)

Jemput singgah http://firzanahazhar1.blogspot.com/

Pstt..saya klik2 nuff sini jugak

Sukma said...

Tapi kat situ ada ampai2....be careful

Unknown said...

yeahhhh...bkelah dgn family mmg seronok.

syakirah izwanie said...

Wah. Sya lama dh tak berkelah pi jalan jalan. Sekarang busy part time sementara tunggu result spm :)

Madam N said...

Ikan bakorrr..cicah air asam.. sambil Layan bayu laut.

Izzati Amira said...

dah lama tak pergi berkelah (:

YanSaflina said...

Banyaknya bekalan makanan..hehe

Nurul Aula said...

Makanan tu banyakk.. i like.. and bila tengok aktiviti ni teringat la arwah opah rajin sangat bawak kitaorang pergi berkelah. al fatihah buat beliau..
apa pun tak tahan ade bbq tu.. ni baru berkelah MELETOP.. :)