Saturday, January 10, 2015

Daftar Perniagaan



Alhamdulillah, semua urusan pendaftaran perniagaan berjalan dengan lancar pada 6 Januari yang lepas. Sudah lama sebenarnya nak mendaftar. Lebih-lebih lagi bila sekarang ramai perniaga online sudah disaman kerana tidak mendaftarkan perniagaan. Sebagai langkah berjaga-jaga, lebih baik mendaftar sebelum disaman kan?


Nak mendaftar online asyik tak lepas. Line slow la, web SSM ada gangguan teknikal la, bla bla bla. Lama sangat tangguhnya, akhirnya nekad pergi pejabat SSM di UTC Kuala Lumpur. 


Untuk mendaftar, perlu isi 2 borang yang terdiri daripada list nama perniagaan, butir-butir perniagaan dan butir-butir pemilik perniagaan. Isi semuanya dengan lengkap, hari itu juga boleh dapat slip perniagaan. Cepatkan?


Dengan ini, secara rasminya perniagaan yang dibuat bermula tahun 2011 sehingga kini telah didaftarkan atas nama EKATIKAH CREATIVE.

Nak tahu perniagaan apa yang dijalankan? Boleh tengok di instagram EKATIKAH. :)

Lepas ni tidak perlu takut-takut lagi nak iklan gambar kat mana-mana. Kita sudah daftar, awak-awak yang belum tu bila lagi? Jangan sampai kena saman. Hehe

5 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah! Yeah dah daftar! Saya pun daftar tahun lepas untuk Azira Food Enterprise =)

Lebih aman dan tenang bila sudah berdaftar secara sah kan? Boleh berniaga secara sah.

Fatimah Nabila said...

berniaga online pun xboleh sesuka hati kan..bgus diorng buat cmni..bru pelanggan xtakut nk membeli :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

Alhamdulillah thniah dik..

Nurul Aula said...

Yeay.. betul tu..
senang kan nak daftar

Salam perkenalan, saya Aula penulis blog aulawrites.blogspot.com semoga perkongsian saya dapat memberi manfaat :)

Nina Mads said...

alhamdulillah.. eka dh daftarkan bisness. nanti lg tenat msa GST.

p/s: nina dh lama follow ika tau :)