Monday, January 26, 2015

External Hard Disk Corrupted



External hard disk adalah tempat untuk menyimpan segala jenis data. Antaranya dokument, lagu, movie, software dan gambar. Ia juga mempunyai pelbagai jenis saiz yang antaranya terdiri daripada 500 GB, 1 TB dan ada sampai 2 TB. Besarkan?

Tapi bila saiz besar mana pun, semua data corrupted menangis terguling-guling pun tak guna. Uwaaaaaa  


Data corrupted bukan bermaksud hilang semua data. Sebenarnya data masih ada lagi, cuma tidak dapat dibaca. Salah satu cara untuk cari semua data yang corrupted itu ialah dengan cara recover external hard disk. Kalau data sikit, nak recovernya sekejap sahaja. Tapi kalau data yang nak direcover tu 400 GB besarnya, mahu berhari juga. Jenuh kau nak tunggu recover satu persatu T_____T

Sebagai langkah berjaga-jaga, hari esoknya pergi The Mines beli external baru. Sebenarnya external lama tu dah uzur sangat. Sudah lama niat nak beli baru. Tangguh punya tangguh, bila sudah jadi macam ni, haa menyesal kau. Hahaha


Serik punya pasal, beli yang triple protection punya. Maklumlah diri ni ganas semacam. Suka campak-campak barang bila geram. Opsss. Hehe

P/s: Terima kasih ye awak sebab sudi teman saya pergi Mines beli external baru. Ehem. Hehe  

5 comments:

I N A A I N A A said...

Tudiaaa.. hehe mesti penuh dengan movie ni. Hehehehe. Ena satu pun tak penuh penuh lagi. Buat pekasam je Hardisk ena ni. sobs!

nuyui a.k.a miss YUI said...

Eh akk lbh tetrik pd siapa awak tuuu dr external. Hahaha

FarhanahAdzlan said...

jaga leklokk yang baru ni dengan penuh kasih sayang hiihi :)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. ehhehe ye barang2 camni jangan ganas2 nanti menyesal kemudian hari. ekekkee. kita pun ingat nak beli back up external disk. hihiii

Anonymous said...

hehehehe..kena jaga baik2 tu sis..hehehe.