Wednesday, January 14, 2015

Rojak Mee, Bandar Teknologi, Semenyih


Semalam masa lunch, berborak la dengan akak office tentang makanan orang utara. Kelantan popular dengan nasi kerabu dan laksam, Terengganu popular dengan nasi dagang, Pulau Pinang popular dengan pasembur


Sebut pasal pasembur, teringin sangat sebenarnya nak makan pasembur Pulau Pinang. Tengok gambar kat atas ini sahaja dah buat mulut ternganga. Haha. Please someone bring me there.

Dipendekkan cerita, untuk hilangkan rasa teringin nak makan Pasembur Pulau Pinang, lepas lunch tu pergilah beli rojak mee di Bandar Teknologi, Semenyih. Kiranya beli untuk makan masa minum petang nanti. 


For me, ini antara gerai rojak mee yang sedap selain daripada rojak mee di kedai mamak. Antara menu special yang ada, rojak mee ayam dan rojak mee sotong. Kalau nak mix rojak mee ayam dan sotong pun ada. Bagi yang tidak gemarkan rojak mee, gerai ini juga ada menu lain seperti laksa, ABC dan cendul. Laksa pun boleh tahan sedap. Lebih-lebih lagi laksa ayam. hehe


Rojak King nama gerai ini. Berada di persimpangan masuk Bandar Teknologi, Semenyih. Mana tahu lalu area situ, boleh la singgah rasa kan. Hehe

5 comments:

Anum said...

sedapnya

Izwa Kamaruddin said...

dah ternganga sama baca entry nie..waduhhh...

Fiza Aizzawa said...

kenapa nampak sedap sangat nie...

FarhanahAdzlan said...

serius terliur..kat semenyihh? macam dekatt tapi taktau lahh bila boleh pergi..

nuyui a.k.a miss YUI said...

Nmpk sdp ni dik..