Friday, May 10, 2013

Apabila Tayar Kereta Pancit

\



Salah satu perkara yang sama sekali kita tidak mahu berlaku ketika membawa kenderaan seperti kereta ialah, apabila tayar kereta pancit. Ohh, kelam kabut, serabut otak memikitkan bagaimana mahu tukar tayar??

Kisah ini berlaku masa aku dan 3 lagi orang kawan hendak pergi ke MidVally. Kononnya nak lunch kat sana. So, gerak dalam tengah hari macam tu.

Pada mulanya kami sudah perasan tayar belakang agak kimpis dari tayar-tayar yang lain. Ok, ingatkan memang macam tu. Tuan punya kereta pun tak fikir apa-apa masa tu. So, kami tetap teruskan perjalanan.

Sampai di suatu tempat, ada satu kereta dari belakang memotong kereta kami dan menunjukkan tangan ke arah bawah kereta, iaitu tayar. Kami semua apa lagi, cuak semacam la. Pada masa yang sama, kami juga merasakan sesuatu yg lain pada kereta itu. Rasa seperti jalan terumbang-ambing, seperti alunan ombak. Dalam fikiran terfikir, takkan jalan nie tak rata sampai seteruk ini.

Kami nekat untuk berhenti sebelum ia jadi lebih teruk. Selepas sahaja satu tol, kami memberhentikan kereta. Haa, amek kau. Tayar pancit. Mulalah semua orang dalam kereta tu gelabah. Apatah lagi semua dalam kereta itu ialah perempuan.

Kami cuba untuk menukar tayar kereta itu dengan sendirinya. Tapi sayang, dalam kami berempat tiada siapa pun yang tahu bagaimana mahu menukar tayar kereta. Peralatnya semua ada. Cuma tidak tahu caranya.

Kami cuba cara lain. Kami cuba memanggil pakcik teksi yang berhenti berdekatan kerata kami. Alhamdulillah, pakcik itu sedia membantu. Hee. Lega sikit hati nie.


Terima kasih pakcik. Hee

Kesimpulannya, tidak kira lelaki mahupun perempuan mestilah tahu bagaimana cara untuk menukar tayar kereta. Itu semua bagi mengelakkan daripada masalah ini berlaku. Huuh, kot masa tu tiada orang lain. Tak ke payah. Haa

P/s: masa pakcik tukarkan tayar kereta. Ada juga pakcik terangkan cara-caranya. Sekurang-kurangnya tahu jugalah lepas nie. Hee

4 comments:

hazwan hairy said...

nsb ada org sudi bntu...xajk pakcik tu lunch ke..haha

Mysara Ab Rahman said...

nsb ada pak cik teksi mmbantu..:)

emm..tu la, pmpuan byase la, mana tau kn..hehe

Nao Mei said...

kalau cik akak memang cam adik juga..hahaha..cik akak tak reti semua ilmu bukak mukak nie..hahaha...:)

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

ena langsung tak reti.. lepas ni kena belajar ni, takut gak.. thanks ye ingatkan