Tuesday, May 7, 2013

Flaming Steamboat Buffet



Minggu lepas, apabila orang lain balik rumah berjimba bersama keluarga, manakala aku dan 3 orang lagi rakan terperuk dalam bilik meratapi cuti yang membosankan.

Seperti biasa, pada hari sabtu dan ahad selalunya cafe tutup. Kalau buka pun tak banyak jenis makanan yang ada. Naik muak makan makanan yang sama.

So, kami berempat mengambil keputusan untuk makan dinner di luar. Tempat yang menjadi pilihan kami ialah Flaming Steamboat Buffet. Kenapa dinner? Sebab tengah hari tu makan maggie je. Maklumlah, malam nak makan sedap-sedap. Hihi

First time melangkah masuk ke restaurant nie, muka macam agak terkejut. Banyak makanan buffet yang terhidang. Pelbagai jenis hidangan laut terhidang luas. Tidak terlupa juga makanan seperti dessert, nasi goreng, mee goreng, ayam goreng dan juga pelbagai jenis minuman tersedia ada. 

Bila sudah lapar, maka mulalah nafsu makan itu membuak-buak. Nak makan itu, ini. Kalau boleh semua benda mahu dirasa. Hahaha. Jangan risau, kami hanya ambil yang kami makan sahaja. 

Harga pula tidak terlalu mahal. Normal untuk orang dewasa RM28.50++ dan untuk kanak-kanak RM10.90++. Hmm, berbaloi la juga sebab makan buffetkan.

Kesimpulannya, kami sangat berpuas hati makan di Flaming Steamboat Buffet ini. Harganya berpatutan dan hidangan yang mengennyangkan serta semestinya sedap. Mana tak sedap, masak sendiri. Hihi.

Opss, terlupa. Di Flaming ini juga sangat sesuai untuk mereka yang suka main masak-masak. Semua bahan sudah tersedia ada. Cuma perlu masakkan sahaja. Sesudah masak, apa lagi, ngap dalam mulut lew. Hekhek

Kepada mereka yang belum dan ingin mencuba makan di Flaming Steamboat Buffet, selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Untuk lebih lanjut: Flaming Steamboat Buffet

P/s: Di sebabkan terlalu banyak makan seafood, hidung pun buat hal. Sot set sot set. Nak demam pun ada nie


1 comments:

combi said...

slalu jgk mkn kat flamming nie..kalo pegi mesti amk seafood yg mhl2..hehehe