Tuesday, July 2, 2013

FotoCamp at Lubok Manggis 2013

 


Baru-baru ini, kelab fotografi UTM, KL telah mengadakan satu camp yang di namakan FotoCamp. Camp ini bertujuan merapatkan ahli-ahli kelab baru dan lama. Camp yang disertai oleh tahun 1 dan tahun 2 ini di adakan di Kem Lubok Manggis, Hulu Langat. 

Kami sebagai fasi juga merangkap ahli jawatankuasa kelab fotografi membuat pelbagai aktiviti untuk memenuhkan masa yang ada. Well, camp yg kami adakan ini tersangatlah sempoi. Tengok pada aktivitinya pun tahu sempoinya mcm mana. Hihi

Seperti camp-camp lain juga, antara aktiviti yang kami adakan ialah LDK (Latihan Dalam Kumpulan), Sukaneka, Explorace, Night Walk dalam hutan dan yang paling diidamkan mandi sungai. Yeahhh!!

Sebagai fasi, kami diberi tugasan untuk membimbing kumpulan yang telah diberikan. Aku, Aril dan juga Fit ditugaskan menjaga kumpulan yg terdiri daripada Eya, Basya, Iqbal, Don dan juga Kyrel. Nama kumpulan kami ialah, IGUANA!


Inilah dia adik-adik handsome, cantik yang aku sebutkan tadi. Depan dari kiri, Eya, Basya, Iqbal. Belakang dari kiri, Don dan Kyrel. For your information, kumpulan Iguana ini juga merupakan kumpulan terbaik sepanjang camp berlangsung. Dapat no 1 tu. Tahniah Iguana! Chaiyok chhaiyok! 

Berikut di bawah pula ialah semasa Sukaneka. Haha, ada yang main tepung. Muka macam punti pun ada xD








Gambar di bawah ini pula ialah gambar semasa aktiviti explorace di jalankan. Aku bersama Wan menjaga check point teka-teki. Hohoh, jawab jangan tak jawab.










Muka kena calit dengan arang. Kononnya nak dapatkan klu. Hikhik, sekali arang yang dapat.

Di bawah ini pula ialah gambar semasa aktiviti LDK di jalankan. 


Banyak lagi gambar-gambar sepanjang camp dijalankan. Kalau nak upload di sini, memang jenuh nak melihatnya. Hee

Hope camp ini mendapat feedback yang baik daripada adik-adik yang join. Walaupun penginapan, pengankutan tidak seperti yang dijanjikan, sekurang-kurangnya kita dapat merasa bagaimana hidup di kem. Merasa air bukit yang tersangatlah sejuk dan menikmati keindahan alam yang tersangat indah.

Terima kasih pada adik-adik yang sudi join FotoCamp ini. Tidak ketinggalan, terima kasih juga pada urusetia dan para fasi kerana telah menjalankan program ini dengan jayanya . Semua terbaik!! 


IGUANA TERBAIK!

 

8 comments:

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

wahhh cik eka ni photog ke?? wahhhhhh... bestnyaaa dapat buat aktiviti sebegini.. jeles!

Budak Kampung said...

best nyer aktiviti mcm ni

adrianna syaz said...

Bestnya..masa zaman muda2 dulu x pnh dpt join kem2 cmni..huhu

bundarafi.com said...

Keren... Salam kenal

nuyui a.k.a miss YUI said...

beshnya cmni..

trah zain said...

teringat zaman sekolah dulu,,haha

Kathy Rbain said...

bestnyer sis...

ayut said...

fotocamp ni ingt pasal fotography jer...ala2x team building jgk dh ni...hihihi