Sunday, July 28, 2013

Resepi: Tauhu Kering Sumbat Special



Nampak terpangpangnya gambar makanan di atas? Haa, cuba teka apa namanya itu. Hihihi

Itu namanya, "Tauhu Kering Sumbat Special"

Menu yang simple dan bahan-bahan yang mudah didapatkan di mana-mana kedai dan pasaraya. Hee.. Sesuai juga untuk dijadikan menu untuk berbuka kerana penyediaannya tidak mengambil masa yang lama. Nak cuba? Jom ikut resepi di bawah:

Bahan-bahan yang diperlukan 
 Tauhu kering
 Daging burger
 Daun sup dan daun bawang
 Telur sebiji
 Black paper dan garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan 
 Mula-mula, buat satu lubang di bahagian tengah tauhu kering dan ketepikan.
 Untuk inti, satukan bahan-bahan seperti daging burger, daun sup daun bawang yang telah diracit halus, black paper dan garam secukup rasa di dalam satu bekas. Gaulkan semua bagi sebati.
 Setelah bahan-bahan semua sebati, pecahkan sebiji telur, dipukul dan campurkan sekali dengan kesemua bahan tadi. Gaul lagi dan lagi bagi semua bahan sebati. 
 Lepas siap adunan inti, bolehlah kita masukkan inti ke dalam tauhu kering yang telah kita lubangkan tadi. Masukkan sepadat yang boleh. Nanti masa makan, baru terasa intinya. Hehe
Akhir sekali, letakkan crab stick yang dipotong dua di atas tauhu kering sumbat kita.
 Setelah siap semuanya, tauhu kering sumbat special kita sudah sedia untuk dikukus selama lebih kurang 10 minit.

Inilah hasilnya, taraaaa


Mudah bukan? Semuadah satu dua dan tiga. Hehe. Selamat mencuba 

P/s: Inti dalamnya lebih kurang sama macam begedel. Cuma yang ini disumbatkan ke dalam tauhu kering. Hehe


3 comments:

MalizaMah said...

wow.. look nice... boleh cuba.

Anonymous said...

sedapnyer sis...

Ainun Nadini said...

balas kunjungan.. sedapnya resepi..