Wednesday, December 14, 2011

Sana Sini Ombak Rindu


Klik sini dan sini dulu, Tq


Hai semua..

Huuh, maaflah dalam beberapa hari nie aku jarang update blog..Mood bercelaru..Aku takut aku merapu meraban bile aku taip nanti.. Hee, sorry..

Oke, berbalik kepada tajuk entry aku "Sana Sini Ombak Rindu"?? Ehh, jap.. Korang dah tengok belum filem best nie?? Ramai orang cakap best gile..Bagi aku entah laa.. Sebab aku tak tengok lagi.. Hahaha, ketinggalan zaaman ke aku kalau tak tengok? Tak kan? hehe

Seperti yang korang semua tahu filem Ombak Rindu nie diadaptasikan daripada sebuah novel yang judulnya sama iaitu 'Ombak Rindu'..Ada orang tengok filem nie sebab diaorang nak tahu sama ke tak dengan dalam novel tu..

Tapi ada yang tengok filem nie sebab Aaron Aziz, Lisa Suriani dan Maya Karin yang berlakon..Maklumlah, sekarangkan Aaron dan Lisa sedang top meletup dalam kebanyakkkan filem..Artis handsome dan cantik molek nie memang menjadi minat ramai penonton..

Aku pergi sana, pergi sini orang cite pasal Ombak Rindu..Dalam bas nak pergi campus pun radio pasangkan lagu OST Omabak Rindu.. Pehh, dah laa lagu dia sayu gitu..Agak menyentuh perasaan laa..Dalam bilik, roomate pun selalu buka lagu OST Omba Rindu nie.. Dari tak suke boleh jadi suke..Haha

Bilalah aku nak tengok filem nie?? Haha, agak-agaknye tak tengok kot.. Kalau nak tengok pun tunggu keluar yang boleh download punya.. jimat sikit dari tengok kat wayang nie.. hehe 

Okelah.. Aku bukan tak nak tengok sebab aku tak suke, tapi sebab cite nie orang ramai cakap sedih..So, aku tak nak la tengk cite sedih sangat nie..Sampaikan lelaki yang tengok pun menangis, ini kan aku perempuan..Mahu banjir wayang tu nanti..

P/s: Filem nie boleh tahan la 'hot'nye.. Tapi tak se'hot' filem KL Gengster..Haha, tak sabar nak tunggu KL Gengster 2

Klik sini, tq

6 comments:

Pendamba Mawar said...

ades.xminat.:)

Widi Dede said...

wajib tengok nih film

Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Bagi akak, biasa-biasa aje cite ni.. Heehee.. Sebak je tapi belum sampai menitis air mata laa.. :p

SoLy SoLicious said...

xnengok pun..hahahaha

محمد رازيق said...

x sempat lg tgk citer ni.. free2, jmput singgah blog :) salam kenal

MAY said...

x sempat nengok!