FOBIA adalah rasa ketakutan yang berlebihan pada suatu hal atau fenomena. Fobia juga boleh menghalang kehidupan orang yang menghadapinya.
Dalam keadaan normal setiap yang memiliki kemampuan mengendalikan rasa takut. Akan tetapi bila seseorang terdedah kepada terus menerus dengan subjek Fobia, hal tersebut akan berpotensi menyebabkan berlakunya fiksasi. Fiksasi yang bermakna suatu keadaan di mana mental seseorang menjadi terkunci, yang disebabkan oleh ketidakmampuan orang yang bersangkutan dalam mengendalikan perasaan takutnya.
Siapa di sini ada FOBIA? Yes, aku salah seorang daripadanya.
Orang kata memang senang. "Alarh, bukan apa-apa pun" "Asal takut sangat?" "Relex la, tak kena pun". Tapi aku yang mengalaminya ini susah tahu! Susah untuk membuang rasa fobia, takut, trauma itu.
Bila di depan orang ramai, "I'am fine." "Its oke" tapi tahu tak, dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu rasa takutnya bagaimana. Aku trauma akan sesuatu yang berkaitan dengan jalan-raya. Bukan nak kata aku pernah mengalami kemalangan, tetapi aku nyaris-nyaris. Alhamdulillah, Allah masih sayangkan aku. Aku masih diberi kesempatan untuk hidup.
Di sebabkan peristiwa itu, sampai sekarang aku masih fobia, trauma akan jalan raya. Kalau naik kereta, aku lebih rela duduk di seat belakang. Kalau boleh, naik kereta tu aku nak tutup mata. Bila dah sampai baru nak buka mata. Takut punya pasal.
Kalau jadi apa-apa, aku adalah orang pertama menjerit dan paling takut. Menjerit sekuat hati. Rasa macam nak nangis. Tapi, tabahkan hati. Cuba control perasaan takut itu.
Walaubagaimana pun, alhamdulillah aku masih mempunyai keberanian untuk memandu. Aku hanya takut bila orang lain yang memandu. Lain orang, lain cara pemanduannya. Ada yang sungguh berhati-hati ketika memandu. Ada juga yang jenis merempit. Tidak kisahlah motor mahupun kereta, sama sahaja.
Kesimpulannya, YES aku penakut, fobia dengan jalan raya. Bagi mereka yang tidak pernah mengalaminya, jangan pernah cakap besar. Mungkin bukan sekarang, tapi esok lusa awak kena, baru awak rasa apa saya rasa. Sesungguhnya Allah Maha Penentu Segalanya
Hope rasa takut, fobia ini akan cepat-cepat hilang. Susah kalau hidup dibelenggu dengan rasa takut.
2 comments:
Nas fobia nak lintas jalan..kalau naik kereta ok je.. :)
Fifi fobia dengan serangga..3 kali dok kena gigit dengan serangga, 3 kali gak kena masuk hospital..sekarang ni serangga tak bole dekat dah, sebab sure Fifi jerit sambil sembur banyak2 racun serangga tu :D
Post a Comment