Saturday, May 11, 2013

Mimpi Kahwin?



Mimpi? Semua orang akan merasai mimpi itu. Tidak kisah mimpi sedih, gembira, seram atau sebagainya. Kadang kala, ada sampai menangis apabila bermimpikan sesuatu yang menakutkan.

Malam tadi, aku bermimpikan sesuatu yang agak pelik. Hmm, tak pelik sangatlah. For me, agak mengembirakan juga. Hee

Aku bermimpikan, yang mana aku baru sahaja berkahwin dan cuba membiasakan diri di alam rumah tangga pada usia semuda ini. Perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga, tidak mengenal satu sama lain. Huuh. Selebihnya biar aku sahaja yang tahu. 

Walaubagaimanapun itu semua hanyalah mimpi. Pada kenyataannya, aku masih sendiri dan terus sendiri. Hihi. Lebih bahagia hidup sebegini bersama keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan tercinta. 

Satu info memberitahu "....Seseorang yang masih bujang, samada lelaki atau wanita, yang mimpi berkahwin mungkin memberi alamat bahawa dia akan segera menemui jodohnya dan mendirikan rumah tangga dalam kehidupannya di alam nyata" Sumber: Tafsir Mimpi Kahwin

Usia masih muda lagi. Banyak benda yang perlu dipelajari dan perlu perbaiki. InsyaAllah, kalau sudah tiba masanya, aku redha. Sesungguhnya semua sudah ditentukan oleh-Nya

P/s: Dalam mimpi tu, tak berapa clear wajah lelaki yang bergelar suami aku tu. hihi. Siapakah agaknya? Jeng jeng 


10 comments:

D i n said...

wah best ni haha untung laki tu heheh :D

NinaAz said...

Ehem. Tak lama dah tu kot. Hehehe

Aisya Ieyka said...

ika pernah mimpi camtu . hehe . terkejut jugak time tuh ...

Cik Nas :) said...

wahh tak lama dah la tu..nasik minyak :D

✿INA AINAA✿ said...

ena baru je mimpi nak kahwin masa malam tadi.... rasa macam kenyataan je, rasa tak mahu bangun dari mimpi tu.. XD

Unknown said...

Dulu akak masa time mude remaja selalu mimpi cmtu..haha..verangan banyak..baca sgt novel cintan cintun byk2..sampai terbawak dlm tido..haha

NurHidayah said...

Assalamualaikum , saya baru berumur 13 tahun dan saya selalu bermimpi berkahwin dengan musuh dan ada baby . Dekat 15 kali jugaklah . Ada mimpi dpat baby , ada mimpi kahwin and ada mimpi mengandung :( Kadang-kadang takut jugak .

Anonymous said...

Hmmm byk tgk drama cinta lanie...pastu berangan smpai bwk tido...keke btl kn

Unknown said...

hahaha..aku bru je mimpi kawen ngan artis smalam...hahah

Unknown said...

minggu lepas aku mimpi family carikan jodoh utk aku.. tapi arinie aku mimpi aku dah kawen dgn jodoh dr family aku tu.. ape ekk maknanye? muke "bini" aku tu aku tak kenal..tapi cantik sangat..tenang je dipandang..