Assalamualaikum.
Siang tadi pergi ambil kakak dengan adik kat rumah diaorang sebab rindu punya pasal. Hehehe. Lepas ambil diaorang, bawa pula pergi beli barang dapur kejap dengan ibu dan ayah sekali kat pekan.
Biasalah, kalau keluar pergi mana-mana mesti bawa handbag sebab nak isi macam-macam barang penting. Kecuali kalau pergi kedai depan rumah. Bawa duit sahaja cukup. Malas nak bawa purse yang penuh dengan macam-macam resit ni. Hahaha
Sampai sahaja kat rumah, letaklah handbag atas meja. Sebab nak tolong angkat barang semua. Lepas settle angkat barang semua, tengoklah si kecik duk buat apa. Haa sekali tengok, habis handbag kena selongkar. Hahaha
Bukan satu dua barang dia keluarkan, habis semua dia keluarkan. Siap tunggang terbalik. Apa yang dicarinya pun aku tak tahu. Hahaha. Adik ooo adik.
Rasanya memang betullah ada orang cakap, "budak kecik ni pantang nampak bag atau handbag, mesti dia akan selongkar" So lepas ni jangan letak handbag merata-rata kalau ada adik. Habis dia selongkar semuanya. Hahaha
Nasib baik dalam handbag takda gambar boyfriend. Kalau tak kantoi dengan ibu ayah. Hahaha. Opsss, boyfriend? Takde takde.
Kbye.
4 comments:
hahaaa tu dia.. sekali terjumpaa :)
jom join http://akukaudansesuatu.blogspot.com/2015/07/segmen-blogwalking-by-ms-kejupenyet.html
ye lah..dorang ni memang rajin tolong selongkar..dapat makeup lagilah dok main
anak kecil memang suka sangat selongkar handbeg kita..hehe..
hahaha... anak2 buah memang pantang nampak beg
Post a Comment