Tuesday, July 14, 2015

Raya Pertama Be Like ....


Assalamualaikum.

Raya pertama be like . . . . . 

1) Bangun pagi raya

Selalunya bangun pagi raya agak lambat sikit. Sebab apa? Malam tadi pergi downtown duk mencari barang raya kononyalah. Balik pukul berapa pagi entah. Hahaha. Menjadi kebiasaan bila malam raya keluar bersama saudara-mara yang lain. Barang raya dah ada sebenarnya. Cuma nak berjalan je lebih. Maklumlah lama tak berkumpul. Hehe

2) Kasut raya hilang di masjid



Semenjak pernah hilang kasut di masjid, pergi masjid sekarang pakai selipar je. Siapa entah yang dajal duk curik kasut orang. Pernah sekali balik daripada masjid berkaki ayam. Serik ok. Hahaha

3) Baju raya

Bila sudah berjumpa saudara-mara, mesti akan ada perbualan seperti "wah, cantiknya baju raya kau. " "Beli kat mana?" dan bla bla bla. Terutama pada budak-budak kecik. Hehehe. Masing-masing nak cakap baju raya masing-masing cantik.

4) Perancangan perjalanan beraya ke rumah saudara-mara

Ini family aku selalu buat. Sebelum bertolak pergi beraya rumah saudara-mara, mesti plan dahulu. Rumah siapa nak pergi dulu, rumah siapa pergi kemudian. Maklumlah, nak raya semua rumah untuk satu hari memang patah kaki. Hahaha. 

5) Rancangan televisyen


Bila tiba hari raya, pasti banyak rancangan televisyen yang best-best akan ditayangkan. Pernah jugak tangguh nak beraya sebab nak tengok rancangan televisyen yang best tu. Hahaha. Ayah sampai cakap
" Nak ikut ke tidak? Taknak tinggal. " Ok berlari pergi bersiap. Takut kena tinggal punya pasal.

6) Duit raya



Teringat masa zaman dapat duit raya. Bila dapat sahaja sampul duit raya, perkara pertama yang dibuat mesti check berapa jumlah yang dapat. Duit biru ka, duit hijau ka, duit merah ka. Hahaha. 

Untuk lebih jelas, tengok video di bawah. Selamat menonton. hehe





7 comments:

azizah green line said...

hehe betul juga semua ni tau..

Cik Nadyya said...

semua btl! haha xD

Montana said...

lawa selipar..teringat baru2 ni raya balik rumah mak mentua..pi masjid area situ balik berkaki ayam sabung..huhu..xda rezeki..sebaliknya balik pak mentua ganti ngan selipar baru..tu yg kata rezeki.. ;-)

Fyda Noh said...

Pengalaman hari raya mmg seronok, maklumlah haya setahun sekali. Walaupun ada juga yang menyakitkan hati tapi bila kenang balik, mmg memori terindah

Hafiza AizZawa said...

betul la tu..

Inani Hazwani said...

hahaha. totally agree :D

nor azman said...

Selamat hari raya..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com